Baru-baru ini trailer filem sains fiksyen terbaru Scott Ridley, Alient: Convenant telah pun di tunjukkan kepada penonton. Filem tersebut merupakan filem sekuel kedua dalam siri prequel filem Alien selepas Promethues yang ditayangkan pada tahun 2012.
Dalam trilogi Alien, terdapat 4 filem Alien dihasilkan iaitu Alien (1979), Aliens (1986), Alien 3 (1992) & Alien: Resurrection (1997) manakala siri prekuel pertama ialah Prometheus (2012). Selain itu juga, terdapat dua siri spin off franchais filem ini iaitu Alien vs Predator & Alien vs Predator: Requiem.
Namun terdapat perdebatan diantara peminat terutamanya yang meminati siri Alien dan Predator, adakah kesemua filem Alien termasuklah siri spin off dan Prometheus di kira canon atau non-canon? Menurut Dark Horse, yang menerbitkan komik-komik seperti Alien, Predator dan Robocop, kesemua 4 filem Alien yang dihasilkan dikira Canon walaupun peminat menganggap Alien 3 dan Alien: Ressurrection tidak dikira sebagai canon.
Memandangkan Predator dan Alien berkongsi universe yang sama, pihak Dark Horse bercadang untuk menghasilkan reboot Alien vs Predator bagi mengaitkan siri spinoff itu dengan siri asal Alien, . Jom kita tengok kaitan diantara Manusia, Engineer, Alien dan Predator
Kisah disebalik krew kapal Prometheus
Dalam filem Promethues, manusia mendapati asal usul mereka bermula dari satu makhluk asing yang tidak dikenali. Berdasarkan maklumat yang mereka dapat dari kajian mereka, satu ekspedisi mencari bermula dan mereka menghantar kapal angkasa Promethues kesebuah planet yang diberi nama LV-223, planet yang dipercayai tempat bermulanya asal usul manusia. Pencarian mereka berhasil apabila mereka menjumpai makhluk asing dalam keadaan sedang tidur dan mereka menggelarkan makhluk tersebut sebagai Engineer.
Semasa mereka menjumpa makhluk tersebut, mereka dapati kapal angkasa Engineer sedang di set menuju ke bumi dan terdapat senjata (black liquid yang mengandungi pathogen) dipecayai untuk untuk digunakan bagi membunuh semua penduduk bumi. Niat Engineer ditunjukan apabila dia sedar dari tidur dan membunuh hampir kesemua krew Prometheus sebelum cuba membawa kapal angkasanya menuju ke Bumi.
Apa kaitan Manusia dan Engineer?
Kewujudkan manusia terjadi apabila salah satu Engineer dikatakan telah membunuh diri dengan meminum racun (or maybe dibunuh oleh bangsanya sendiri) dan DNA dari badannya telah berkembang dan berevolusi dari satu sel kepada umat manusia. Semasa krew Prometheus mengkaji makhluk yang mereka jumpai di Planet LV-223, mereka dapati DNA manusia dan Engineer mempunyai persamaan.
Apa yang terjadi pada Engineer sebelum krew Prometheus menjumpai mereka.
Semasa kaum Engineer sedang merancang untuk menghapuskan manusia di planet Bumi, mereka ditimpa masalah dengan senjata ciptaan iaitu Black Liquid. Senjata Black Liquid dipercayai mengandungi Pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia kerana pathogen tersebut dkatakan mampu bermutasi dan mengubah hos mereka menjadi ganas dan kejam.
Krew Prometheus yang datang ke planet tersebut mendapati ianya adalah tempat untuk mereka mencipta dan menbangunkan senjata. Jadi Black Liquid adalah senjata biologi yang dicipta oleh golongan Engineer ini untuk tujuan peperangan ataupun penghapusan kaum. Sebelum kemunculan filem Alien: Convenant, Terdapat teori yang mengatakan Engineer adalah pencipta Xenomorphs aka Alien.
Alien: Covenant, Teori Kewujudan Xenomorph.
Berdasarkan laman web www.alien-covenant.com, Xenomorph bukanlah ciptaan Engineer sebenarnya, tetapi ciptaan android David, salah seorang krew kapal angkasa Prometheus. David dikatakan telah meniru sifat-sifat Engineer dan mempelajari teknologi Engineer termasuklah mampu mencipta hidupan.
Pada pendapat kami, Engineer berjaya mencipta senjata biologi Black Liquid yang menjurus kepada terciptanya Alien, tetapi ciptaan mereka tidak sempurna, dan kemudian David menyambung dan menyempurnakan ciptaan Engineer itu. Kebetulan kapal angkasa Convenant datang ke tempat David berada, dan android tersebut menggunakan peluang itu untuk menguji ciptaannya dan melihat samada ianya sempurna ataupun perlu diperbaiki.
Kaitan Antara Engineer, Alien dan Predator
Let’s Say Dark Horse menghasilkan reboot Alien Vs Predator dan mengambilkira dua filem non-canon AvP sebelum ini, memandangkan kedua-dua siri ini berkongsi Universe yang sama.
Engineer dikatakan sedang berperang dengan salah satu makhluk yang tidak diketahui dan dan mereka menggunakan telur Xenomorph sebagai salah satu senjata biologinya. Caranya telur Xenomorph akan dihantar ke kawasan musuh, dan telur tersebut akan berkembang dan menghapuskan semua populasi dikawasan tersebut.
Terdapat spekulasi yang mengatakan makhluk yang sedang berperang dengan Engineer adalah Predator. Ini berdasarkan filem Alien Vs Predator: Requiem yang menunjukan Helmet Engineer telah dijadikan sebagai salah satu trofi kemenangan Predator. Ini menunjukan mungkin Engineer menggunakan Alien ciptaan mereka untuk berperang dengan Predator.
Berdasarkan peperangan antara Predator dan Engineer, ada pendapat yang menyatakan, Engineer mungkin sengaja mencipta hidupan di Bumi sebagai tempat untuk mereka membiakkan Xenomorph (Alien).
Walaupun tiada berita terbaru mengenai reboot filem Alien vs Predator tetapi jika Alien dan Predator bergabung dalam satu universe, ia akan memberikan satu trilogi yang menarik buat peminat filem Alien dan Predator. Agak menarik untuk kita melihat bagaimana Predator dan manusia bergabung dalam memerangai Engineer dan senjata ciptaannya iaitu Alien