Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Dari Planet of the Apes Sehingga War of the Planet of the Apes – Sebuah Franchise Paling Sukses Pernah Dihasilkan.


Peperangan diantara manusia dan monyet yang memiliki IQ yang tinggi bermula pada tahun 1968 dalam filem pertama berjudul Planet of the Apes dimana sekumpulan astronaut telah terdampar disebuah planet asing yang diperintah oleh spesis Apes dan bangsa manusia pula dilihat seperti makhluk primitif yang diperintah Apes.

Astronaut tersebut sebenarnya telah tidur didalam kapal angkasa mereka dalam tempoh yang panjang sebelum terhempas di Planet tersebut. Apabila memeriksa tarikh didalam kapal angkasa mereka, mereka mendapati tarikh yang dicatatkan adalah 3978!, mereka telah ber”hibernate” selama 2 ribu tahun. Dan lebih teruk, planet asing yang mereka jejaki itu adalah planet Bumi dimana Apes telah menjadi pemerintah dan manusia menjadi hamba selepas peperangan Nuklear yang berlaku suatu ketika dulu.

Planet of the Apes 1968

Filem pertama dalam franchise Planet of the Apes ini sebenarnya adalah adaptasi dari Novel karya Pierre Boulle berjudul  La Planète des Singes. Filem pertama franchise tersebut mula mendapat tempat dihati penonton sehingga mendorong pihak studio untuk menghasilkan 4 lagi filem yang berjudul Beneath the Planet of the Apes (1970), Escape from Planet of the Apes (1971), Conquest of Planet of the Apes (1972) dan Battle of Planet of the Apes (1973). Kesemua filem berkenaan sukses dari segi kewangan dan kritik cuma, filem terakhir mendapat kritikan negatif dari para pengkritik.

Kemudian pada tahun 2001, pihak studio, 20th Century FOX membuat keputusan untuk menghasilkan remake siri ini yang berjudul Planet of the Apes. Filem remake berkenaan diarahkan oleh Tim Burton serta dibintangi oleh Mark Wahlberg, Tim Roth, Helena Bonham Carter, Michael Clarke Duncan, Paul Giamatti, dan Estella Warren. Sebenarnya, filem remake ini ingin dihasilkan pada tahun 1988 dengan tajuk Return of the Apes dan bakal dibintangi oleh  Arnold Schwarzenegger, namun projek berkenaan dibatalkan kerana masalah dalaman.

Remake

Filem remake 2001 berkenaan berjaya mengaut keuntungan besar walaupun review yang diterima sederhana sahaja memandangkan ramai pengkritik membuat kesimpulan bahawa filem arahan Tim Burton ini tidak mampu mengatasi filem asal yang dihasilkan pada tahun 1968. FOX berupaya untuk meneruskan sekuel filem Planet of the Apes 2001, tetapi mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskanya.


Bagaimanapun, legasi dan populariti filem konflik diantara Manusia dan Apes ini tidak terhenti selepas FOX menghasilkan remake pada tahun 2001, pada tahun 2011, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan filem Reboot yang akan membawakan cerita yang lebih “fresh” dan baru kepada penonton.

Hasilnya, Rise of the Planet of the Apes diterbitkan dan dibintangi oleh James Franco dan Andy Serkis serta diarahkan oleh Rupert Wyatt. Hasilnya filem tersebut meletup dan sukses dari segi kewangan serta mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan tercalon dalam beberapa anugerah besar. Dengan Kejayaan tersebut, FOX kemudiannya mengumumkan sekuel yang berjudul Dawn of the Planet of the Apes yang diarahkan oleh Matt Reeves. Nyata dengan pengunduran Rupert Wyatt dan digantikan dengan Matt Reeves sedikitpun tidak menjejaskan kualiti yang ada filem kedua siri reboot ini.

Dawn of the Planet of the Apes bukan sahaja lebih sukses dari filem pertama dari segi kewangan, malah Dawn of the Planet of the Apes ini juga mendapat kritikan lebih positif dari siri pertama. Jika Rise of the Planet of the Apes menceritakan bagaimana Apes mula menjadi bijak dan Manusia pula diserang virus misteri sehinggakan populasi mereka semakin merosot, Dawn of the Planet of the Apes menceritakan bibit-bibit konflik besar diantara Manusia dan Apes mungkin tidak dapat dielakkan.

Hasilnya, FOX kemudiannya menerbitkan filem terbaru War of the Planet of the Apes yang bakal menyaksikan peperangan antara Apes dan Manusia dalam filem tersebut. Matt Reeves kembali diberi kepercayaan dalam menghasilkan sekuel ketiga ini dan belumpun ditayangkan kepada penonton, filem ini telah mendapat rating yang tinggi dan review yang positif daripada pengkritik filem.

Filem ketiga ini akan menjadi penentu, spesis manakah yang akan memerintah Bumi. Cesar (Lakonan Andy Serkis) mula menunjukan sifat-sifat ganasnya setelah melihat spesisnya semakin berkurangan dan ingin membalas dendam diatas kematian rakan-rakannya, manakala Colonel McCullough (Lakonan Woody Harrelson) sudah semestinya mahu melihat kepupusan Apes bagi memastikan kesinambungan spesis Manusia. 

“Action Packed!” storyline mantap antara review positif dari pengkritik filem yang kami baca, jadi tidak mustahil filem ketiga ini pasti meletup apabila ditayangkan. Jika War of the Planet of the Apes mampu meneruskan kecemerlangan dua filem terdahulu, ini akan menjadikan franchise Planet of the Apes, sebuah franchise yang paling sukses pernah dihasilkan, baik dari segi kewangan dan kualiti filem.

War of the Planet of the Apes akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Julai ini.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee