Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

Dari J-Pop Ke Aksi, Ini Filem-Film “HiGH&LOW” Yang Boleh Ditonton Di Netflix

Selain Crow Zero atau beberapa francais popular yang lain, terdapat satu francais aksi yang sangat hebat di Jepun tetapi kurang dikenali diluar negara. Apa yang menariknya, francais ini telah mengubah penyanyi dan penari J-Pop kepada pahlawan yang hebat dimana mereka mempersembahkan lakonan yang mantap serta mempamerkan seni mempertahankan diri yang berjaya memukaukan peminat.

Francais yang dimaksudkan adalah HiGH&LOW. Kejayaannya bermula dari siri televisyen, dan ia terus berkembang kepada beberapa siri filem hebat. Francais HiGH&LOW kini boleh didapati di Netflix, dan bagi yang belum pernah menontonnya, kami kongsikan senarai filem dibawah.

BAGAIMANA HiGH&LOW TERCIPTA?

HiGH&LOW adalah francais multimedia yang bermula dari High&Low: The Story of S.W.O.R.D.sebuah drama TV dua musim yang dicipta oleh EXILE TRIBE, sebuah kumpulan besar yang terdiri daripada artis-artis J-Pop dibawah agensi LDH, dan diasaskan oleh kumpulan EXILE.

Siri TV yang sarat dengan aksi dan bercita-cita tinggi ini dibuat dengan tujuan untuk mewujudkan dunia persaingan diantara gang, persaudaraan, kesetiaan, konspirasi jenayah dan membongkar ketamakkan kapitalis.

Dari siri televisyen, francaisnya dikembangkan ke beberapa format-media seperti manga, buku, anime, permainan telefon bimbit , album studio, konsert dan beberapa siri filem. Netflix berjaya mendapatkan hak tayangan kesemua filem untuk pasaran antarabangsa, termasuklah Malaysia.

KENAPA ANDA PERLU MENONTONNYA

Jika anda meminati genre aksi dalam apa jua keadaan, HiGH&LOW perlu dimasukkan dalam senarai tontonan anda. Francais ini memaparkan persengketaan diantara gang yang mana anda akan melihat pelbagai karakter dalam dunia yang luas, dan perjuangan untuk mengekalkan kawalan ke atas wilayah mereka, tindakan yang betul atau salah dan membalas dendam demi rakan-rakan mereka.

Kisahnya berpusat pada lima gang bandar yang secara kolektif disebut sebagai S.W.O.R.D .:

  • Sannoh Rengokai Hoodlum Squad
  • White Rascals
  • Oya High School
  • Rude Boys
  • Daruma Ikka

Kelima-lima gang ini menguasai beberapa bahagian di sebuah kota yang tidak dinamakan (disebut “S.W.O.R.D. City” oleh para peminat), setelah geng legenda Mugen dibubarkan, berikutan pertelingkahan dengan kumpulan bersaudara Amamiya.

Disebabkan selalu bertelagah, kumpulan gang ini mengekalkan keseimbangan yang rapuh dimana ianya boleh runtuh walaupun disebabkan pekara kecil. Kuryu Group, organisasi Yakuza yang sangat merbahaya melihat peluang untuk merampas wilayah setelah ditinggalkan Mugan.

Sebagai francais yang dimulakan oleh artis J-Pop, muzik mendapat tempat yang istimewa dalam filem dengan judul lagu yang khusus untuk setiap gang.

Antara salah satu sebab kenapa anda perlu menonton francais ini adalah bagaimana penyanyi dan penari J-Pop berubah menjadi pahlawan yang hebat. Mereka bukanlah ahli seni mempertahankan diri profesional, tetapi usaha mereka telah mewujudkan pertarungan yang hebat.

Sinematografi hebat dari Takahito Ôuchi serta pengarah Sigeaki Kubo juga menjadi faktor yang memberikan adegan-adegan aksinya sangat menarik. Anda boleh melihat aksi yang dirakam secara ‘one-shot’, perspektif dan fokus ketika perkelahian besar-besaran dengan gegaran kamera yang minimum, serta pergerakan kamera dari ketinggian 30 kaki atau merempuh cermin kaca. Senang kata aspek teknikal terutamanya dari segi sinematografinya sangat memukau.

DIMANA UNTUK BERMULA?

Netflix hanya mendapatkan hak untuk tujuh filem dalam francais, tetapi tidak untuk siri TV asal. Namun tidak perlu risau, filem pertama Road to HiGH&Low boleh dikatakan ‘recap; kepada siri dua musim yang dijadikan dalam bentuk satu filem panjang. Jika tidak dapat menonton siri TV, anda boleh mulakannya dengan filem ini, walaupun maklumat yang disampaikan mungkin agak padat berbanding menonton siri asal.

1. HiGH&LOW The Movie (2016)

HiGH&LOW the Movie berpusat pada seorang bekas pemimpin Mugen yang diyakinkan oleh mafia Korea untuk berpihak kepada kumpulan ‘yakuza’ Kuryu untuk menguasai bandar. Kelima-lima geng S.W.O.R.D. berkumpul untuk menghentikan mereka, malah kumpulan legenda Amamiya Brothers turut serta dalam pertarungan ini.

Filem ini sebenarnya bertindak sebagai filem pertama kepada francais dan turut memasukkan ‘recap’ peristiwa dari permulaan francais.

2. HiGH&LOW The Red Rain (2016)

Filem ‘spin-off’ pertama yang memberi fokus pada Amamiya Brothers. Dalam filem ini, Masaki dan Hiroto pergi mencari abang sulung mereka Takeru, yang telah hilang secara misteri sejak setahun yang lalu. Pencarian mereka bagaimanapuan telah membongkar rahsia Amamiya Brothers dari masa lalu.

Kurang berorientasikan aksi berbanding trilogi utama, tetapi masih menarik minat anda jika ingin mengentahui tentang watak-watak dari filem pertama.

3. HiGH&LOW The Movie 2 / End of Sky  (2017)

Oleh kerana beberapa geng menghadapi krisis dalaman dan hampir hilang, Kumpulan Kuryu meneruskan rancangan mereka untuk membina kasino di kawasan S.W.O.R.D. Tidak rela membiarkan kapitalisme yang korup merampas cara hidup mereka, kumpulan-kumpulan ini cuba mendedahkan ahli politik yang mengambil rasuah dari ‘yakuza’.

Filem yang memaparkan aksi kejar-mengejar yang menarik dan pertempuran hebat diantara gang.

4. HiGH&LOW The Movie 3 / Final Mission (2017)

Muak dan bosan melihat rancangan mereka seringkali digagalkan oleh sekumpulan pengacau bermasalah remaja, kumpulan ‘yakuza’ Kuryu Group mula bersekongkol dengan pemerintah untuk memusnahkan kelima-lima geng itu untuk selama-lamanya. Pertempuran terakhir yang akan menentukan nasib bandar S.W.O.R.D. telahpun bermula.

Filem terakhir dalam trilogi utama yang memberikan hasil kerja kamera yang sangat hebat serta koreografi yang mantap

5. DTC – Yukemuri Junjou Hen – From HiGH&LOW (2018)

Berehat dari adegan-adegan aksi dengan ‘spin-off’ kedua HiGH&LOW yang lebih kepada genre komedi. DTC filem yang ringan dan memberi fokus pada tiga ahli Sannoh Rengokai Hoodlum Squad selepas misi terakhir.

Tiada sebarang aksi dalam filem ini, dan anda boleh melangkauinya, melainkan anda berminat untuk mengentahui kisah tiga watak utama dalam filem ini.

6. HiGH&LOW The Worst (2019)

‘Spin-off’ terbaru yang juga merupakan filem ‘crossover’ diantara kumpulan dari HiGH&LOW, Oya High School dengan Housen Academy dari manga Crows/Worst ciptaan Hiroshi Takahashi. Dalam filem ini, kedua-dua geng menjadi seteru dan terlibat dalam pertempuran yang epik.

Kesemua siri filem HiGH&LOW ini boleh ditonton di Netflix

Sumber: AsianWiki, Polygon, IMDb, Wikipedia

Related posts

Love (Ft. Marriage And Divorce) Bermula Baik, Hadapi Saingan “Mr. Queen”

Zulaikha

Hyun Bin, Itaewon Class Menang Anugerah Utama Di APAN Star Awards 2020

Zulaikha

Hyun Bin, YoonA, Yoo Hae Jin, Daniel Henney, & Jin Sun Kyu Sah Sertai Sekuel “Confidential Assignment”

Kakimuvee

8 Burning Questions We Have Before The Uncanny Counter Ends

Zulaikha

5 Reasons Why Love (Ft. Marriage And Divorce) Is Going To Be Your Next Guilty Pleasure K-drama

Zulaikha

Suami Kim So Yeon, Lee Sang Woo Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam “The Penthouse” Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating