Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dari Gemuk Ke Sado, ‘Thor’ Bekerja Keras Demi “Love And Thunder”


Tiada lagi Thor yang ‘obese!’ 

Sebagai persediaan untuk penggambaran Thor: Love and Thunder Januari ini, Chris Hemsworth telah kongsikan gambarnya melakukan aktiviti fizikal demi mendapatkan bentuk badan yang sesuai untuk watak adiwira Thor. 

Jelas sekali, otot-otot ‘Thor’ yang keras lagi padu ketika mengangkat sebuah tayar besar telah membuatkan ‘Star-Lord’ menjadi gementar.

Chris Pratt, yang memainkan peranan Star-Lord dalam filem akan datang, telah meninggalkan komen lucu dengan meminta Hemsworth agar berhenti dari terus melakukan ‘work-out’ kerana tidak mahu mereka berdua kelihatan berbeza apabila duduk bersebelahan.

Hey bud. Just heard from my trainer and he needs you to stop working out because since we’re gonna be in the same movie and everything he doesn’t want me to stand next to you if you look like that so I’m gonna need you to put on 25 lbs real quick cool thanks.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi yang mana dia turut menjadi penulis skrip bersama dengan Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).  Filem ini merupakan sambungan kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. 


Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilog The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama.

Plot Thor wanita ini akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambilalih peranan dan kekuatan Thor. 

Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 11 Februari 2022. 

 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee