Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Dari Dunia Politik Ke Dunia Filem, Hasan Malek Akan Bintangi Filem Komedi This Is Pilah

Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek disahkan akan terlibat dalam pembikinan filem komedi berjudul This Is Pilah yang diterbitkan oleh syarikat produksi Madness Films Sdn Bhd.

Menurut penerbit filem berkenaan, Shafirul Nizam Haron berkata Hasan Malek akan muncul dalam dua babak filem tersebut. This Is Pilah adalah sebuah filem yang berkisarkan tentang Adat Perpatih Negeri Sembilan. Lebih menarik, penyanyi rap tanah air yang berasal dari Negeri Sembilan, Waris juga akan turut menjayakan filem tersebut dengan menyanyikan lagu runut bunyi yang turut menggunakan judul sama.

“Pada majlis pelancaran bulan lalu, Hasan bersetuju membintangi filem ini berikutan lokasi penggambaran membabitkan kawasan beliau sepenuhnya. Kami sudah memulakan penggambaran di Kuala Pilah sejak 9 September lalu,” – Shafirul Nizam

Tambah Shafirul lagi, filem tersebut yang menggunakan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan ini menelan belanja kos hampir RM1 juta. Rosdi Md Dali pula akan bertindak menjadi pengarah. Sementara itu, barisan pelakonya pula bakal menampilkan hampir semua barisan pelakon anak jati Negeri Sembilan.

This is Pilah dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada awal tahun depan.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment