Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Dari Dokufilem Ke Thriller – Ini 10 Filem Berdasarkan Kisah Benar Untuk Tontonan Anda

Sediakan popcorn dan tonton sekarang!

Penat menonton filem-filem fiksyen? apa kata kita ubah selera sebentar dengan menonton filem yang berdasarkan kisah sebenar – baik dari peristiwa yang pernah mengemparkan dunia suatu ketika dahulu, ataupun melihat kisah atau sejarah yang kita tidak pernah ketahui sebelum ini. 

Berikut adalah 10 filem berdasarkan kisah sebenar – dan sudah tentu, pelbagai genre – yang anda boleh tonton di perkhidmatan streaming. 

1. The Rescue (2021)

Pada 2018, sekumpulan pemain bola sepak remaja dan jurulatih mereka terperangkap dalam gua Tham Luang, Thailand selepas laluan keluar mereka terhalang oleh banjir yang disebabkan hujan lebat. Usaha menyelamat mendapat perhatian antarabangsa dan ramai sukarelawan menawarkan diri untuk menyelamatkan mereka. Walaupun pada akhirnya kesemua mangsa berjaya diselamatkan, seorang penyelam menemui ajal ketika dalam proses menyelamat mereka. 

Insiden ini telah diangkat menjadi filem dokumentari oleh National Geographic Documentary Film dan diarahkan oleh Elizabeth Chai Vasarhelyi.

Dimana hendak menontonnya? – Disney+ US (langganan dan vpn diperlukan)

2. Remember the Titans (2000)

70an merupakan era dimana sifat rasis masih lagi menebal di dalam hati masyarakat kulit putih. Herman Boone merupakan jurulatih football kulit hitam yang dihantar ke T. C. Williams High School untuk melatih pasukan football sekolah tersebut. Apa masalah yang dihadapinya? menyatukan pemain yang berbeza warna kulit. Remember the Titans dianggap antara filem sukan terbaik sepanjang zaman yang pernah dihasilkan, terutamanya melihat lakonan hebat Danzel Washington. 

Dimana hendak menontonnya?Disney+ Hotstar

3. K-19: The Widowmaker (2002)

Antara filem ‘independent’ paling mahal pernah dihasilkan, tapi sayang termasuk dalam senarai ‘box office bomb’ pada tahun ia ditayangkan. K-19: The Widowmaker berdasarkan insiden yang berlaku dalam kapal selam nuklear Soviet Union ‘K-19’ dimana berlaku kebocoran nuklear yang mengakibatkan beberapa krew meninggal dunia dan selebihnya menderita disebabkan kesan radiasi. K-19: The Widowmaker mendapat reaksi bercampur-campur dari pengkritik, tetapi dipuji krew veteran kapal selam ‘K-19’.

Dimana hendak menontonnya?Apple TV, Google Play (beli atau sewa)

4. Pihu (2018)

Filem yang mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang hidup sendirian di rumah setelah ibunya membunuh diri dan bapanya pergi ke kota Kolkata untuk urusan kerja. Tidak sesuai untuk mereka yang lembut hati. Menurut pengarahnya, filem ini berdasarkan kejadian sebenar dimana seorang kanak-kanak tinggal seorang diri dirumah bersama mayat ibunya. Nak lagi ‘disturbing’? cuba tengok filem Jepun Sunk into the Womb. 

Dimana hendak menontonnya?Netflix

5. The Trial of the Chicago 7 (2020)

Berdasarkan perbicaraan terkenal tahun 1969 yang melibatkan 7 defendant atas tuduhan konspirasi dan banyak lagi. Mereka semua merupakan penunjuk perasaan anti-Perang Vietnam dan dituduh menghasut untuk mencetuskan rusuhan Konvensyen Nasional Demokratik 1968 di Chicago. Filem ini menampilkan banyak pelakon bintang seperti including Yahya Abdul-Mateen II, Sacha Baron Cohen, Joseph Gordon-Levitt, Michael Keaton, dan ramai lagi

Dimana hendak menontonnya?Netflix

6. Virus (2019)

Filem medikal-thriller Malayalam yang harus anda tonton. Berdasarkan peristiwa penyebaran wabak Nipah di Kerala pada tahun 2018. Ia menceritakan kisah beberapa individu yang berani yang cuba membantu membendung wabak yang boleh membawa maut. 

Dimana hendak menontonnya?Zee5

7. The Battleship Island (2017)

Berdasarkan kisah benar tentang perjuangan warga Korea Selatan pada 1945 ketika perang dunia kedua (filem ini kontroversi di Jepun). Dalam 400 warga Korea Selatan menjadi tahanan Jepun dan dipaksa bekerja di perlombongan arang batu. Di Pulau Hashima, Nagasaki (bentuk pulau ini seperti Kapal Perang), buruh-buruh paksa ini dilayan dan diperlakukan dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan

Dimana hendak menontonnya?Viu, WeTV

BACA:19 FILEM KOREA YANG BERDASARKAN KISAH SEBENAR

8. Zodiac (2007)

Antara 1968 dan 1983, seorang kartunis San Francisco menjadi detektif amatur yang sangat obses untuk menjejaki Zodiac Killer, seorang individu tidak dikenali yang mengganas California Utara dengan pembunuhan beramai-ramai. Filem ini berdasarkan buku non-fiksyen Zodiac dan Zodiac: Unmasked mengenai kes pembunuhan bersiri terkenal yang berlaku di San Francisco Bay Area yang berlaku pada lewat 60an dan awal 70an. Kes tersebut masih lagi tidak dapat diselesai sehinggakini.

Dimana hendak menontonnya?AppleTV, GooglePlay

9. 127 Hours (2010)

Aktiviti lasak secara sendirian bukan satu idea yang bagus. 127 Hours menceritakan detik-detik cemas yang dihadapi oleh Aron Ralston, seorang pendaki gunung, yang terjatuh ke celahan batu dengan tangannya tersepit. Agak ngeri dan ngilu untuk menceritakan bagaimana situasi yang dihadapi oleh Aron, tetapi filem ini berbaloi untuk ditonton. 

Dimana hendak menontonnya?Disney+ Hotstar

10. 13 hours: The Secret Soldiers of Benghazi (2016)

The Secret Soldiers of Benghazi atau juga dikenali sebagai 13 Hours adalah filem berdasarkan dari buku berjudl 13 Hours, dimana ia mengisahkah 6 bekas tentera US yang juga merupakan kontraktor keselamatan cuba menyelamatkan diplomat US dan kawasan mereka dari serangan pengganas sempena ulang tahun ke 11 serangan ke atas US pada 11 September 2012.

Dimana hendak menontonnya?Netflix

Related posts

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

27 Pasangan Selebriti Yang Kelihatan Hampir Seiras

Kakimuvee

Leave a Comment