Berita

Daredevil Semakin Hampir Kembali Ke Pangkuan Marvel Studios

Views

Berita gembira buat peminat-peminat Marvel khusus peminat karakter Daredevil. 

Seperti yang dinyatakan oleh akaun Instagram "Save Daredevil", peminat kini hanya perlu menunggu kurang dari enam bulan lagi sehingga hak untuk watak Daredevil kembali ke Marvel Studios.

Walaupun Disney memiliki watak itu, perjanjian diantara Marvel Television dengan Netflix menyaksikan syarikat perkhidmatan streaming itu mempunyai hak eksklusif untuk menayangkan sebarang kandungan yang menampilkan superhero Comics Marvel selama dua tahun.

Dengan Daredevil semakin hampir pulang ke pangkuan Marvel Studios, kempen #SaveDaredevil semakin giat dijalankan peminat. Sehinggakini, sebanyak 350,000 peminat telah menandatangani petisyen yang meminta Marvel Studios untuk menghidupkan semula siri Daredevil, tetapi adakah Marvel Studios akan menuruti permintaan peminat sukar untuk diperkatakan.

Pelakon Charlie Cox percaya, masanya sebagai Matt Murdock telah sampai ke penghujung, dan berkemungkinan besar siri Daredevil mungkin akan dihasilkan semula bersama-sama beberapa siri Marvel Television yang lain.

Namun, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa orang penting di Marvel Studios mahu mengekalkan Charlie Cox sebagai Daredevi, cuma kesahihannya tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Apapun, kita nantikan perkembangan mengenai siri televisyen Marvel khususnya Daredevil dimasa hadapan.

Selain Daredevil, beberapa karakter Marvel yang dimiliki Netflix bakal kembali ke pangkuan Marvel Studios antaranya Jessica Jones, The Punisher, Iron Fist dan Luke Cage.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks