Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Daniel Kaluuya Beri ‘Hint’ Filem Barney Akan Lebih ‘Dark’ Berbanding Rancangan TV Asal


Pelakon Daniel Kaluuya memberi bayangan kepada peminat tentang filem terbarunya, Barney.

Bercakap kepada The Hollywood Reporter, bintang NOPE itu memberitahu bahawa filem Barney akan jauh lebih gelap berbanding rancangan televisyen asal. 

Dia memberitahu, “Barney mengajar kita, ‘Saya sayang awak, awak sayang saya. Tidakkah awak cakap awak sayang saya juga?’ Itu antara lagu pertama yang saya ingat, dan apa yang akan berlaku apabila itu tidak benar? Saya rasakan itu benar-benar menyayat hati.”

“Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia seperti masuk akal. Rasanya seperti ada sesuatu yang tidak dijangka yang boleh menjadi pedih tetapi optimisitik. Terutamanya pada masa sekarang, saya rasa itu sangat-sangat diperlukan.”

Apa yang diberitahu Kaluuya seiring dengan kenyataannya semasa filem ini diumumkan pada tahun 2019. 


“Barney adalah satu watak yang menyinari kebanyakan zaman kanak-kanak kita, kemudian di menghilang ke dalam bayangan, membiarkan kita tertanya-tanya.”

Saya teruja untuk meneroka wira moden yang menarik ini, dan melihat sama ada mesejnya ‘Saya sayang awak, awak sayang saya’ boleh bertahan seiring dengan peredaran zaman.

Daniel Kaluuya mengesahkan filem aksi-langsung Barney giat dibangunkan, dan dia kini sedang mengolah semula lakon layar agar ia menjadi satu pandangan yang tidak menyenangkan terhadap dinosour ungu ikonik tahun 90-an. 

Kalyuaa turut menerbitkan filem ini menerusi syarikat produksinya, 59% disamping Valparaiso Pictures dan Mattel.


Related posts

Filem Barney lakonan Daniel Kaluuya Hanya Untuk “Orang Dewasa”

Kakimuvee