
Menjelang tayangan perdana global pada akhir bulan ini, sebuah video terbaru dari set penggambaran No Time to Die tidak muncul di Twitter, yang menampilkan Daniel Craig memberi ucapan perpisahan yang cukup emosional sebaik sahaja menamatkan penggambaran filem 007 terakhirnya.Â
Dalam video tersebut, Craig mengucapkan terima kasih kepada kru yang telah bekerja dengannya sejak Casino Royale pada tahun 2006. Anda boleh lihat video ucapan perpisahan Daniel Craig dibawah:
Daniel Craig’s farewell speech after wrapping No Time To Die, his last 𝒆𝒗𝒆𝒓 James Bond film. 🍸 @007 pic.twitter.com/xCqab3JK3z
— Filmthusiast (@itsfilmthusiast) September 17, 2021
No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu yang sangat merbahaya.
Cary Joji Fukunaga (True Detective) mengarahkan No Time to Die dari skrip yang ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns bersama Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Killing Eve).