Selepas berteka-teki sama ada Daniel Craig akan kembali membintangi filem ke-25 James Bond selama berbulan-bulan, akhirnya telah disahkan bahawa pelakon British tersebut akan kembali membawa watak James Bond dalam filem akan datang.
Berita itu disahkan sendiri oleh pelakon terbabit selepas memberitahu dalam rancanganĀ The Late Show with Stephen ColbertĀ pada malam yang lalu. Ini merupakan filem kelima Daniel Craig dalam franchise James Bond.
Sebelum ini, penerbitĀ Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli mengumumkan akan menghasilkan filem ke-25 James Bond dan bakal ditayangkan pada 8 November 2019. Bond 25 akan ditulis olehĀ Neal Purvis dan Robert Wade, penulis skrip untuk filem James Bond terdahulu iaitu Casino Royale,Ā Quantum of Solace,Ā SkyfallĀ danĀ Spectre.
Tinggal kerusi pengarah sahaja yang belum diumumkan oleh pihak produksi. Namun beberapa nama telah disebut-sebut akan mengarahkan filem ini, antara yang berada dalam senarai teratas adalah Christopher Nolan dan pengarah filemĀ Baby Driver,Ā Edgar Wright.
Bond 25 masih belum mempunyai tajuk rasmi, segala berita terbaru filem ini akan kami bawakan dari semasa ke semasa.