Daniel Craig Jalani Pembedahan Selepas Cedera Di Set Penggambaran Bond 25

0
49
views

Pelakon Daniel Craig terpaksa berehat dari menjalani penggambaran filem James Bond baru yang berjudul Bond 25.

Menurut laman Twitter rasmi James Bond 007, Daniel Craig akan menjalani pembendahan kecil dibahagian pergelangan kaki selepas cedera ketika melakukan penggambaran di Jamaica baru-baru ini.

“Daniel Craig will be undergoing minor ankle surgery resulting from an injury sustained during filming in Jamaica. Production will continue whilst Craig is rehabilitating for two weeks post-surgery. The film remains on track for the same release date in April 2020.”

Bagaimanapun, proses penggambaran tetap berjalan seperti biasa dan tiada perubahan tarikh penggambaran meski berlaku insiden yang tidak diingini ini. Daniel Craig pula akan berehat selama 2 minggu selepas melakukan pembedahan kecil nanti.

Filem terbaru ini nanti akan menyaksikan Bond yang telah bersara perlu membantu rakannya dari CIA. Misinya adalah untuk menyelamatkan seorang saintis. Misinya bagaimanapun telah membuka pentunjuk akan penjahat misteri yang dilengkapi dengan tenkologi senjata yang sangat merbahaya.

Antara yang kembali dalam filem ini adalah Ralph Fiennes, Naomie Harris as Moneypenny, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright. Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini.

Bond 25 akan ditayangkan pada 8 April 2020

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here