Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Daniel Bruhl Kongsikan Pandangan Pertama Helmut Zemo Dalam Siri Televisyen Falcon & The Winter Soldier


Semasa sesi panel di San Diego Comic Con (SDCC) minggu lepas, Marvel Studios menayangkan video pendek yang memaparkan Baron Zemo (lakonan Daniel Bruhl) memberi amaran kepada Sam Wilson dan Bucky sebelum mereka bertemu lagi sekali dalam siri televisyen The Falcon and The Winter Soldier. 

Dalam video tersebut ia memaparkan Zemo memakai topeng ikoniknya seperti yang ditunjukkan dalam versi komik.

Bagi peminat yang tidak berpeluang menyaksikan video pendek tersebut, pelakon Daniel Bruhl mengambil inisatif untuk berkongsikan gambar terbaru Baron Zemo di laman Instagram miliknya. Gambar yang dikongsikan itu turut memaparkan pandangan pertama Zemo dengan topengnya, sama seperti digunakan karakter ‘villain’ itu dalam versi komik.

Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier. Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter.


Pencipta dan penulis skrip trilogi John Wick, Derek Kolstad dilaporkan bakal menyertai pasukan kreatif siri televisyen Disney+, Falcon and the Winter Soldier. Siri ini akan bersiaran selama 6 episod dan dijangkan akan mula bersiaran pada Ogos tahun hadapan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee