Danai Gurira Sahkan Pengunduran Dari Siri The Walking Dead Selepas Musim Ke-10

134
views

Desas-desus mengenai berita pengunduran aktres Danai Gurira dari siri televisyen The Walking Dead akhirnya terjawab apabila Gurira sendiri mengesahkan bahawa dia akan berhenti dari francais siri televisyen The Walking Dead sebaik sahaja tamat musim ke-10.

Aktres tersebut mengesahkan pekara tersebut semasa sesi panelis The Walking Dead di konvensyen San Diego Comic-Con baru-baru ini.

“I can confirm that this is the last season I will be on this amazing TV show as Michonne,

“I would just like to say that this has been one of the purest joys of my life to play this role and to be amongst these people and those who are not here right now and amongst all of you. I’m very thankful for the experience I’ve had in ways I can’t state right now. My heart does not leave in any way, shape or form. The TWD family is forever. The connection between us never ends.”

Gurira telah menandatangani perjanjian baru untuk muncul dalam kapasiti yang lebih terhad dan berkemungkinan wataknya akan membuat penampilan dalam beberapa episod sahaja sebelum berhenti dari francais siri televisyen.

Buat masa ini, tidak dipastikan sama ada watak Michonne lakonannya itu akan diangkat ke layar perak ataupun tidak, memandangkan karakter Rick Grimes lakonan Andrew Lincoln akan menjadi watak utama dalam trilogi filem spin off The Walking Dead. Michonne dan Rick Grimes merupakan pasangan kekasih sejak musim keenam The Walking Dead. 

Musim ke-10 The Walking Dead akan memulakan siarannya pada 6 Oktober ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here