Bintang Danai Gurira yang membawa watak Okoye dalam filem Marvel akan datang, Black Panther telah disahkan akan membintangi filem Avengers: Infinity War. Dia juga yang merupakan pelakon siri zombi terkenal The Walking Dead dengan membawa watak “Michonne” telah menyertai barisan pelakon filem Black Panther pada tahun yang lalu.
Pengumuman yang dibuat oleh Marvel Cinematic itu telah mengembiran peminat-peminat siri Marvel dan mahu melihat watak yang dibawa oleh aktres itu berkembang dalam dunia MCU.
Watak Okoye dikatakan antara watak penting dalam filem Black Panther dan akan mempunyai aksinya sendiri dalam filem tersebut.
Selain itu, beberapa bintang filem Black Panther juga dilaporkan akan menyertai barisan pelakon Avengers: Infinity War antaranya Letitia Wright yang membawakan watak Shuri dan Winston Duke yang membawakan watak M’Baku.
Sebelum ini, pengarah Avengers: Infinity War, Russo Brother dilaporkan melawat di set pengambaran filem Black Panther dan menguatkan desas-desus yang mengatakan Wakanda akan menjadi salah satu tempat dalam filem yang menghimpun superhero-superhero Marvel.
Black Panther akan memulakan tayangan pada Februari 2018 diikuti Avengers: Infinity War Mei 2018