Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dan Trachtenberg Arah Filem Kelima “Predator”

Pengarah 10 Cloverfield Lane, Dan Trachtenberg telah dipilih oleh 20th Century Studios untuk mengarahkan filem kelima Predator, lapor Deadline.

Butiran plot masih belum diketahui, tetapi menurut sumber ia akan menyambung plot dari filem keempat The Predator (2018) yang ditulis dan diarahkan Shane Black (The Nice Guys). Filem The Predator berakhir dengan pasukan tentera, yang diketuai oleh Boyd Holbrook (The Fugitive), menemui sut mech khas yang digelar Predator Killer. 

Lakonlayar akan ditulis oleh Patrick Aison, yang sebelum ini terlibat sebagai penulis dan penerbit dalam siri Wayward Pines, Kingdom, Jack Ryan dan Treadstone. John Davis, yang menjadi penerbit francais sejak filem pertama, kembali sebagai penerbit dalam filem akan datang.

Predator pertama kali ditayangkan pada 1987, dan dibintangi Arnold Schwarzenegger sebagai watak utama. Filem aksi sains fiksyen ini telah mendapat pujian pengkritik dan meraih kutipan hampir $100 juta dolar. Kejayaan filem pertama telah mewujudkan tiga sekuel, dua filem crossover dengan francais Alien, lima permainan video dan beberapa siri komik dan novel.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment