Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Dan Torrance Kembali Ke Hotel Puaka Dalam Trailer Terakhir Doctor Sleep

Warner Bros. telah melancarkan trailer terakhir filem sekuel The Shinning, Doctor Sleep yang menyaksikan Dan Torrance kembali ke hotel yang hampir meragut nyawanya, Overlook Hotel. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Doctor Sleep merupakan filem adaptasi dari novel berjudul sama karya Stephen King yang juga merupakan sekuel novel The Shinning. 

Filem ini menyambung kisah Danny Torrance, selepas 40 tahun mengalami pengalaman menakutkan semasa menginap di Overlook Hotel sepertimana yang diceritakan dalam filem The Shinning.

Ewan McGregor akan memainkan peranan sebagai Danny Torrance, dan dia turut disertai pelakon Rebecca Ferguson, Kyliegh Currran, Carl Lumbly, Zahn McClarnon, Emily Alyn Lind, Bruce Greenwood, Jocelin Donahue, Alex Essoe dan Cliff Curtis.

Skrip filem ditulis oleh Mike Flanagan sendiri berdasarkan novel Stephen King manakala Trevor Macy dan Jon Berg bertindak selaku penerbit. Warner Bros. Pictures akan mengedarkan filem ini ke seluruh dunia.

Doctor Sleep akan ditayangkan pada 30 Oktober 2019.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Tarikh Pelepasan Attack on Titan Musim Akhir Diumumkan Dalam Video Teaser Terbaru

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Leave a Comment