Damian Lewis, bintang siri televisyenĀ HomelandĀ dan siri filem perangĀ Band of Brothers telah disahkan akan terlibat dalam filem spin off Ocean Eleven iaituĀ Ocean Eight.
Menurut laman web Variety, Damian akan membawa watak bekas kekasih Sandra Bullock, ketua kumpulan pencuri wanita yang juga adik kepada Danny Ocean. Walaubagaimanpun, watak Damian merupakan watak antagonis dalam filem ini yang menjadi sasaran bekas kekasih dan kumpulanya.
Menurut laman web berkenaan, watak Damian Lewis dalam filem ini digambarkan seorang yang kaya raya dan memiliki benda yang sangat penting untuk watak tersebut dan juga kumpulanĀ Sandra Bullock.
Damian Lewis mula dikenali selepas membintangi siri televisyenĀ HomelandĀ selama 3 musim dan juga membawa watakĀ Major Richard Winters dalam minisiri HBO,Ā Band of Brothers.
Beliau akan turut bersama-sama pelakon-pelakon wanita dalam filemĀ Ocean Eight.Ā Sandra Bullock dinamakan sebagai watak utama dan juga melibatkan beberapa nama lain sepertiĀ Cate Blanchett, Anne Hathaway, Helena Bonham Carter, Sarah Paulson, Mindy Kaling, Rihanna, Awkwafina and Dakota Fanning
Selain itu juga, salah satu watak utama dalam filem asal iaitu Linus Caldwell (lakonan Matt Damon) juga akan membuat kemunculan sebagai watak cameo dalam filem ini.
Ocean’s EightĀ akan ditayangkan di pawagam pada 8 Jun 2018