Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dain Said Jelaskan Tiada Babak Dipotong Dalam Filem Dukun

Filem yang pernah diharamkan lebih sedekad, Dukun akhirnya menemui penonton bermula malam semalam. Bagaimanapun, bagi peminat yang pernah menonton versi bocor filem berkenaan beberapa bulan lalu mendakwa, filem yang ditayangkan dipawagam itu telah mengalami beberapa pemontongan babak.

Namun sumber dari Cinema Online menyebut, pengarah Dain Said menyangkal dakwaan  bahawa filemnya itu telah mengalami proses suntingan babak dan sebaliknya hanya melalui proses suntingan audio sahaja. Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan selepas tayangan perdana filem Dukun di KLCC semalam.

“Tiada sebarang babak dipotong dari filem itu; ia hanyalah membabitkan sedutan audio. Saya ingin satu baris hilang daripada apa yang saya lihat tadi, yang mana saya rasa ia penting kepada filem ini,”

Filem yang dibintangi oleh Datin Umie Aida, Faizal Hussein dan Namron itu mengisahkan tentang seorang bapa yang terdesak yang membuat perjanjian dengan seorang individu yang disyaki sebagai pembunuh, Diana Dahlan, untuk membantunya mencari anaknya yang hilang, tetapi mendapat tahu rancangan jahat Diana.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 telah diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem kerana isu sensitif dan plot yang menyentuh kes berprofil tinggi yang berlaku pada 1993.

Bagi yang ingin menonton filem yang pernah diharamkan ini, jangan lupa saksikan Dukun yang kini sedang dimainkan dipawagam-pawagam tempatan

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee