Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

D23: Wyatt Russell Akan Memainkan Peranan U.S. Agent Dalam Siri Falcon And Winter Soldier


Presiden Marvel Studios, Kevin Feige memberikan sedikit kemaskini mengenai siri televisyen Falcon and Winter Soldier.

Fiege mengumumkan pelakon Wyatt Russell akan memainkan peranan sebagai U.S Agent, villain yang akhirnya diangkat menjadi hero dalam komik Marvel. U.S Agent diperkenalkan sebagai musuh kepada Captain America, sebelum diangkat sebagai hero dan salah satu karakter yang memakai gelaran Captain America.

Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier. Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter.

Pencipta dan penulis skrip trilogi John Wick, Derek Kolstad dilaporkan bakal menyertai pasukan kreatif siri televisyen Disney+, Falcon and the Winter Soldier. 

Siri Marvel ini akan bersiaran selama 6 episod dan dijangka akan mula bersiaran pada Ogos tahun hadapan.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee