Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: WHAT IF? Akan Memasukkan Marvel Zombies; Saksikan Pandangan Pertama Hayley Atwell Sebagai Captain Carter

 

Tidak banyak maklumat mengenai siri animasi What IF? didedahkan Marvel Studios semasa di Expo D23. Bagaimanapun, sedikit paparan dari siri animasi tersebut telah memberi keterujaan kepada pengunjung di Expo terbesar Disney itu.

Antara rakaman yang ditunjukkan kepada pengunjung termasuklah The Winter Soldier menentang Captain America versi zombi, Steve Rogers memakai sut Iron Monger dan bergandingan dengan Captain Carter / Captain Britain semasa Perang Dunia Kedua dan T’Challa menjadi Star-Lord.

Gaya animasi juga dikatakan sama seperti siri animasi Star Wars Resistance, dan pengunjung memberikan maklumbalas positif selepas melihat rakaman dari siri WHAT IF?. 

Diharapkan, pihak Marvel Studios dapat berkongsikan paparan yang tunjukkan di Expo D23 kepada peminat seluruh dunia, termasuklah dari negara kita menerusi platform Youtube atau lain-lain.

Apapun, kita saksikan dahulu pandangan pertama Peggy Carter sebagai Captain Carter / Captain Britain yang memakai sut dan perisai yang bertemakan bendera Union Jack.

Sumber: Comicbookmovie.com

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment