Semasa di Expo D23 hari ini, ABC telah melancarkan trailer pertama Marvel’s Agents of SHIELD musim ketujuh yang juga merupakan musim terakhir siri tersebut. Anda boleh saksikan pandangan pertama Agents of SHIELD dipemain video dibawah.
Marvel’s Agents of SHIELD dibintangi Clark Gregg sebagai Agent Phil Coulson, Ming-Na Wen sebahgai Agent Melinda May, Chloe Bennet sebagai Daisy Johnson, Iain De Caestecker sebagai Agent Leo Fitz, Elizabeth Henstridge sebagai Agent Jemma Simmons, Henry Simmons sebagai Agent Alphonso “Mack” MacKenzie, Natalia Cordova-Buckley sebagai Elena “Yo-Yo” Rodriguez, John Hannah sebagai Holden Radcliffe, Adrianne Palicki sebagai Bobbi Morse, Brett Dalton sebagai Grant Ward, Luke Mitchell sebagai Lincoln Campbell, dan Nick Blood sebagai Lance Hunter
Siri ini dicipta secara bersama oleh Joss Whedon, Jed Whedon & Maurissa Tancharoen. Mereka turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama Jeffrey Bell dan bos Marvel Televisyen, iaitu Jeph Loeb serta Jim Chory.
Musim terakhir Marvel’s Agents of SHIELD akan menemui penonton pada musim panas tahun hadapan.