Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

D23: Tonton Trailer Filem ‘Live Action Remake’ Lady And The Tramp


Walt Disney Pictures melancarkan trailer filem remake ‘live action’ berjudul Lady and the Tramp lakonan suara Tessa Thompson dan Justin Theroux. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem ini mengisahkan tentang anjing baka American Cocker Spaniel, Lady yang tinggal bersama keluarga golongan atasan. Lady bagaimanapun dibuang selepas keluarga tersebut melahirkan seorang bayi dan bertemu dengan seekor anjing bernama Tramp yang tinggal dijalanan. Mereka berdua kemudiannya memulakan penggembaraan yang cukup romantik dan akhir jatuh cinta antara satu sama lain.

Tessa Thompson akan memainkan peranan sebagai Lady, manakala Justin Theroux sebagai Tramp. Mereka turut disertai Thomas Mann yang memainkan peranan Jim Dear, Kiersey Clemons sebagai Darling, isteri Jim, Ashley Jense sebagai Jackie, Benedic Wong sebagai Bull, Sam Elliot sebagai Trusty, Janelle Monae sebagai peg the Pekingese, Yvette Nicole Brown sebagai Aunt Sara, Andrian Martinez sebagai Elliot dan Arturo Castro sebagai Marco.

Charlie Bean akan mengarahkan filem live action / CG hybrid ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Andrew Bujalski.

Lady and the Tramp akan ditayangkan di plaform penstriman Disney+ mulai 12 November ini.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee