Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: Tarikh Tayangan Filem Black Panther 2 Ditetapkan Pada Mei 2022


Terbaru dari Hall D23 di Expo D23 2019, presiden Marvel Studios, Kevin Feige dan pengarah Ryan Coogler mengesahkan filem Black Panther 2 kini sedang dalam pembangunan. Tarikh tayangan Black Panther 2 juga telah diumumkan, iaitu pada 6 Mei 2022.

Feige juga mengesahkan bahawa, Ryan Coogler terus diberi kepercayaan untuk menyiapkan filem sekuel Black Panther akan datang. Setakat ini, maklumat lanjut berkenaan plot dan tajuk filem masih belum didedahkan oleh pihak studio.

Filem pertama Black Panther ditayangkan pada Februari 2018 dan menerima banyak respon positif dari para pengkritik, mencatatkan kutipan yang cukup memberangsankan iaitu sebanyak $1.3 billion dolar, dan membawa pulang beberapa anugerah berprestij.

Black Panther dibintangi pelakon seperti Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Angela Basset Lupita Nyong’o, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke,Forest Whitaker dan Andy Serkis


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee