Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: Siri Prekuel Star Wars: Rogue One Akan Memulakan Penggambarannya Tahun Hadapan

Diantara keterujaan siri televisyen Star Wars The Mandalorian dan kembalinya Ewan McGregor sebagai Obi-Wan Kenobi, Disney dan Lucasfilms mengumumkan satu lagi siri Star Wars akan menemui penonton di Disney+ tidak lama lagi.

Siri yang masih belum mempunyai tajuk itu merupakan prekuel kepada filem Rogue One: A Star Wars Story dan akan memberi fokus kepada karakter pengintip Rebellion, iaitu Cassian Andor (Diego Luna).

Pihak studio telah mengesahkan bahawa penggambaran siri tersebut dijangka akan bermula pada tahun hadapan dan lokasi penggambaran bertempat di UK.

Setakat ini, hanya Alan Tudyk yang sah akan menyertai Diego Luna. Tudyk merupakan pelakon suara untuk karakter robot, K-2SO.

Siri prekuel akan datang digambarkan sebagai siri thriller pengintipan yang akan meneroka kisah penuh para pengintip dan misi berani mati yang dilakukan demi mengembalikan harapan kepada galaksi yang dicengkam pemerintahan Empire yang sangat kejam.

Setakat ini, tarikh tayangan siri prekuel Rogue One masih belum diumumkan.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment