Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: Saksikan Pandangan Pertama Emma Stone Sebagai Cruella De Vil

Walt Disney Pictures telah melancarkan pandangan pertama filem Cruella yang dibintangi pelakon Emma Stone yang akan memainkan peranan sebagai Cruella De Vil!. Anda boleh lihat gambar tersebut dipemain video dibawah.

Filem prequel ini ditetapkan pada era 1970, dan Stone menggambarkan karakter lakonannya itu sebagai “Punk Rock”

Antara pelakon yang turut membintangi filem ini adalah Emma Thomposon, berserta Joel Fry dan Paul Walter yang akan memainkan peranan sebagai orang suruhan Cruella De Vil iaitu Jasper dan Horace.

Pembikin filem I, Tonya, Craig Gillespie akan mengarahkan filem ini.

Filem ini akan meneroka kisah antagonis utama dalam buku “The Hundred and One Dalmatians” yang ditulis oleh Dodie Smith pada tahun 1956. Karakter Cruella sebelum ini pernah disuarakan oleh Betty Lou Gerson dalam filem animasi Disney yang diterbitkan pada 1961 dan pernah dilakonkan oleh Gleen Close dalam filem ‘live-action’ yang diterbitkan pada 1996 berserta filem sekuel, 102 Dalmatians yang diterbitkan pada tahun 2000.

Cruella kini sedang dalam pembikinan dan dijangka akan menemui penonton pada 28 Mei 2021

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment