Berita

D23: Poster Terbaru Star Wars: The Rise Of Skywalker Didedahkan

View

Lucasfilm dan Walt Disney Pictures telah melancarkan poster terbaru filem Star Wars: The Rise of Skywalker yang memaparkan pertarungan epik diantara Rey dan Kylo-Ren. Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah.

Sementara itu, Entertainment Weekly telah memberi sedikit gambaran mengenai rakaman filem Star Wars: The Rise of Skywalker yang ditayangkan di Expo D23. Antara yang menarik adalah paparan sisi gelap Rey yang menggunakan “double-bladed red lightsaber” seperti Darth Maul.

“Images include a dual between Rey and Kylo Ren amid a stormy sea (transposed into a space backdrop on the poster). There’s a massive fleet of Star Destroyers. There’s a new shot of Darth Vader’s helmet. There’s Finn (John Boyega) and a new character named Jannah (Naomi Ackie) together in a cockpit. C-3PO with red eyes. A new glimpse of Leia (the late Carrie Fisher). A gang of heroes approaching a bustling desert city. But the shot that truly stunned the crowd was a scene with Rey in a hooded black robe revealing an unfolding red double-sided lightsaber (Darth Rey?!).”

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

BACA:  Lebih RM50 Juta Dibelanjakan Untuk Menonton Filem-Filem Tempatan Tahun 2017

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan ditulis sendiri oleh J.J bersama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Tinggalkan Balasan

shares