Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: Pandangan Pertama Kostum The Eternals Didedahkan, Gemma Chan & Kit Harington Sertai Barisan Pelakon

Expo D23 menyaksikan sedikit perkembangan terbaru mengenai filem Marvel seterusnya, iaitu The Eternals. 

Semasa sesi penyampaian, Marvel Studios telah mendedahkan pandangan pertama kostum yang akan digunakan para pelakon / watak. Mereka turut mengumumkan nama-nama yang menyertai barisan pelakon filem The Eternals. 

Pelakon yang dimaksudkan adalah Gemma Chan, Kit Harrington dan Barry Keoghan. Chan akan memainkan peranan sebagai Sersi dan Keoghan sebagai Druig. Bintang Game of Thrones, Harrington dilaporkan akan memainkan peranan sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Mereka akan turut disertai, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, dan Don Lee sebagai Gilgamesh.

Filem terbaru Marvel ini dilaporkan akan menjalani penggambaran pada bulan ini dan dijangka berakhir awal tahun hadapan. Chloe Zhao akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo.

Tayangan filem The Eternals dijangka bermula pada 6 November tahun hadapan.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment