D23: Kat Dennings & Randall Park Sertai Barisan Pelakon WandaVision

234
views

Expo D23 menyaksikan beberapa kemaskini mengenai rancangan televisyen Marvel Disney+. Terbaru, siri televisyen WandaVision telah menambah tiga lagi pelakon iaitu Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse).

Dennings dan Park akan meneruskan peranan mereka dalam Marvel Cinematic Universe sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo, manakala Hahn dilaporkan memainkan peranan sebagai jiran kepada Wanda yang sangat bising.

Pengarah siri televisyen komedi Fargo, Matt Shakman diberi tanggungjawab untuk mengarahkan enam episod siri WandaVision. 

Semasa di konvensyen San Diego Comic-Con yang lalu, Marvel Studios mengumumkan Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) akan memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision dalam siri televisyen tersebut. Mereka akan disertai pelakon Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau.

WandaVision merupakan salah satu rancangan Marvel yang akan bersiaran di laman penstriman video Disney+. Siri tersebut dijangka akan menemui penonton pada musim bunga 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here