Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

D23: Frozen 2 Perkenalkan Ibu Elsa & Anna; Saksikan Poster Terbaru

Walt Disney Pictures telah mendedahkan poster terbaru filem animasi yang paling dinantikan, Frozen 2. Anda boleh saksikan poster terbaru itu dibawah.

Selain itu, Expo D23 juga turut mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai filem sekuel animasi itu. Pelakon Evan Rachel Wood dilaporkan akan memainkan peranan sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa. Karakter Iduna akan muncul dalam babak-babak flashback dan akan menjawab persoalan kenapa Elsa memiliki kuasa misteri.

Satu lagi karakter baru yang bakal diperkenalkan adalah Lieutenant Mattias yang akan disuarakan oleh Sterling K. Brown. Mattias merupakan ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Kenapa Elsa dilahirkan dengan kekuatan ajaib? Jawapannya telah memanggil dan mengancam kerajaannya. Bersama-sama dengan Anna, Kristoff, Olaf dan Sven, dia akan meneruskan perjalanan yang berbahaya tetapi luar biasa. Dalam filem pertama, Elsa takut kekuasaannya terlalu berat, manakala dalam filem kali ini ,dia mesti berharap ianya cukup.

Pasukan kreatif Frozen 2 terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang bertindak selaku pengarah manakala Peter Del Vecho selaku penerbit. Ia turut disertai penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Pelakon suara  Kristen Bell, Idina Menzel, dan Josh Gad kembali meneruskan watak masing-masing.

Filem animasi ini akan menemui penonton tempatan pada 21 November 2019.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment