Berita

D23: Ewan McGregor Sah Kembali Sebagai Obi-Wan Dalam Siri Terbaru Star Wars

View

Setelah lama dikaitkan dengan karakter Obi-Wan, akhirnya pelakon Ewan McGregor disahkan akan kembali meneruskan watak ikonik Jedi itu dalam siri terbaru Star Wars yang kini sedang dirancang Disney+ dan Lucasfilm.

McGregor menerima sambutan hangat ketika muncul di pentas penyampaian perancangan siri Disney+. Selain itu juga, pihak studio turut mendedahkan bahawa skrip kini sedang ditulis dan penggambaran dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

Siri terbaru akan ditetapkan 8 tahun selepas kejadian Revenge of the Sith, dimana Obi-Wan kali terakhir dilihat di planat Tatooine selepas menyerahkan bayi Luke Skywalker kepada sepasang suami isteri. Anda boleh lihat kedudukan siri Obi-Wan dalam jalurmasa Star Wars dibawah.

McGregor telah melakonkan watak Obi-Wan dalam trilogi prekuel Star Wars hampir dua dekad yang lalu. Penampilan terakhirnya menerusi filem Revenge of the Sith yang diterbitkan apda 2005. Pelakon itu juga turut meminjamkan suara semasa babak bayangan “Force” Rey dalam filem The Force Awakens.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai siri terbaru yang melibatkan karakter Obi-Wan. Walaupun terdapat beberapa novel dan komik Star Wars yang menceritakan kehidupan Obi-Wan semasa di Tatooine diantara Episodes III dan IV, halatuju siri terbaru ini terletak pada barisan kreatif Lucasfilm.

BACA:  Pengarah Kongsikan Gambar Terbaru Di Set Penggambaran Filem Joker

Disney+ kini memiliki dua siri ‘live action’ Star Wars iaitu The Mandalorian dan siri yang melibatkan karakter Cassian Andor (masih belum mempunyai tajuk). Mungkin di Expo D23 akan datang, peminat dapat mengentahui dengan lebih lanjut mengenai siri yang melibatkan karakter Obi-Wan.

Tinggalkan Balasan

shares