Berita

D23: Disney Umumkan Filem Animasi Seterusnya, “Raya And The Last Dragon”

View

Expo D23 menyaksikan sebuah lagi filem animasi terbaru bakal dihasilkan Disney Animation. Filem yang dimaksudkan adalah Raya and the Last Dragon, sebuah filem ‘orginal’.

Menurut penulis filem Adele Lim, Raya and the Last Dragon merupakan filem epik fantasi penggembaraan dengan tema Asia Tenggara. Filem tersebut akan ditetapkan disebuah alam yang dipanggil Lumandra, iaitu sebuah tamadun purba. Lima puak telah membentuk tanah naga dan Raya telah dipilih untuk mencari naga yang terakhir

Cassie Steele akan memainkan watak protagonis Raya dan penyanyi Awkwafina akan memainkan peranan Sisu, yang merupakan seekor naga.

Filem animasi ini telah dibangunkan Disney sejak 2017, dan ianya diarahkan oleh Paul Briggs dan Dean Wellins. Osnat Shurer bertindak selaku penerbit manakala skrip ditulis oleh penulis filem Crazy Rich Asians, Adele Lim.

Pihak produksi telah merantau ke Laos, Thailand, Kemboja, dan Indonesia untuk mendapatkan inspirasi dari budaya unik dan cantik di Asia Tenggara.

BACA:  3 Bintang Ternama Sertai Stallone Dalam Filem Escape Plan 2

Raya and the Last Dragon akan menemui penonton pada November 2022.

Tinggalkan Balasan

shares