Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaPermainan Video

“Cyberpunk 2077” Catat Keuntungan Pada Hari Pertama, Cipta Rekod Pelancaran Terbesar PC


Permainan video yang dibangunkan CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 telah berjaya mencatat keuntungan pada hari pertama pelancarannya, dan juga mencipta rekod pelancaran terbesar untuk permainan PC.

Bukan itu sahaja, difahamkan pihak syarikat berjaya mendapat kembali kos pembangunan dan promosi hanya dari penjualan pra-pesanan sahaja. 

Seperti yang diperincikan di laman web CD Projekt Red untuk pelabur, “Laporan semasa no. 65/2020 “menyatakan bahawa” anggaran royalti pelesenan yang dapat diterima oleh [CD Projekt Red] berkaitan dengan penjualan pra-pesanan Cyberpunk 2077 di semua saluran pengedaran digitalnya telah melebihi jumlah yang berikut:

  • Jumlah perbelanjaan pembangunan yang berkaitan dengan permainan, dan
  • Kos pemasaran dan promosi permainan ditanggung oleh Syarikat – sama ada sudah ditanggung atau dijangkakan untuk baki tahun 2020. “

Bagi pelancaran permainan PC terbesar dalam sejarah, Cyberpunk 2077 telah mendapat sejumlah 8 juta pra-pesanan di semua platform, dengan (kira-kira) 4.72 juta salinan tersebut adalah di platform PC. Jumlah itu mengatasi bekas pemegang rekod, World of Warcraft: Shadowlands, yang terjual 3.7 juta salinan, dan hanya memegang rekod itu selama seminggu.

Cyberpunk 2077 kini boleh didapati di PC, PlayStation 4 dan Xbox One, dengan PS5 dan Xbox Series akan mendapat versi yang ditingkatkan pada awal tahun hadapan. 


Sumber: Bloody Disgusting


Related posts

Fortnite Tambah Karakter ‘Uncharted’ Nathan Drake & Chloe Frazer

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Permainan Video Percuma Bulan Januari Untuk PlayStation Plus dan Xbox Live Gold

Is Mohd

Sony Keluarkan “Cyberpunk 2077” Dari PS Store

Is Mohd

Tonton Trailer Spider-Man: Miles Morales

Kakimuvee