Berita

Cuti Krismas Bantu Lonjakkan Kutipan Filem Star War: The Rise Of Skywalker

Views

Cuti musim perayaan Krismas telah banyak membantu melonjakkan kutipan terkini filem Star Wars: The Rise of Skywalker. Dipasaran domestik Amerika Syarikat, filem terakhir Skywalker Saga itu berjaya meraih $32 juta dolar pada perayaan Krismas, kedua tertinggi dibelakang The Force Awakens yang mengutip $49.3 juta dolar dan mengatasi kutipan The Last Jedi yang meraih $27.5 juta dolar.

The Rise of Skywalker kini telah mengutip  $516.8 juta dolar seluruh dunia, dan penganalisis menjangkakan, filem tersebut mampu mencatatkan kutipan sehingga $1 billion dolar sebelum tayangan berakhir.

Filem terbaru francais Star Wars ini dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Turut sertai barisan pelakon adalah Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut membuat penampilan dalam filem ini.

Star Wars: The Rise of Skywalker kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks