Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Cult Of Chucky Official Trailer


Patung yang disumpah, Chucky kembali menganas dalam filem ketujuh franchise Chucky yang berjudul Cult of Chucky. Filem bergenre slasher horror ini dibintangi oleh Brad Dourif sebagai suara Chucky, Fiona Dourif, Alex Vincent, Jennifer Tilly dan Summer H. Howell yang juga merupakan pelakon asal dari 6 siri filem sebelumnya.

Filem arahan Don Mancini serta ditulis oleh pengarah filem itu sendiri bakal mengisahkan Nica Pierce (karakter dari filem Curse of Chucky) yang dimasukkan ke hospital mental atas tuduhan membunuh kesemua ahli keluarganya, jenayah yang tidak dilakukan oleh beliau.

Nina diberikan patung Good Guy (patung Chucky) sebagai alat untuk terapi. Kemudian berlaku siri pembunuhan kejam di institusi mental tersebut selepas kehadiran patung tersebut. Nina mensyaki pembunuhan tersebut dilakukan oleh Chucky, patung yang disumpah dan penyebab kematian kesemua ahli keluarganya.

Kemudian, Andy yang juga mangsa dan musuh kepada Chucky datang ke institusi tersebut bagi membantu Nina dan dalam masa yang sama berhadapan dengan Tiffany, isteri kepada Chucky.

Filem Cult of Chucky ini dijangka akan ditayangkan di pasaran US 31 Disember 2017, manakala versi DVD akan dikeluarkan pada 3 Oktober 2017.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee