Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeBeritaOfficial Trailer

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”


Crunchyroll dan Toei Animation telah mengumumkan tarikh tayangan global untuk filem anime blockbuster baharu, Dragon Ball Super: SUPER HERO, iaitu pada Musim Panas 2022. 

Ini adalah pengedaran global dan Amerika Utara pertama oleh Crunchyroll. Filem yang diedarkan oleh Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment ini akan tiba di pawagam seluruh dunia di semua benua termasuk Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Australia/New Zealand, Afrika, Timur Tengah dan Asia (tidak termasuk Jepun, yang akan membuat debut pada 11 Jun).

Filem ini akan dikeluarkan dalam bahasa Jepun dengan sarikata dan dialih suara.

“Selama lebih 30 tahun, francais Dragon Ball telah menggembirakan peminat di seluruh dunia yang telah mengikuti pahlawan terhebat dunia yang mempertahankan Bumi daripada kuasa jahat,” kata Rahul Purini, Presiden Crunchyroll.

“Kami sangat teruja bekerjasama dengan Toei Animation dalam membawa bab baharu Dragon Ball Super kepada peminat yang tidak sabar untuk meneruskan penggembaraan dan mengembangkan penonton anime yang melihatnya buat pertama kali.”


Dragon Ball Super: SUPER HERO ialah filem kedua dalam francais Dragon Ball Super. Filem pertama, Dragon Ball Super: Broly telah dikeluarkan pada tahun 2018 kepada peminat di seluruh dunia, dan telah memperoleh kutipan lebih $120 juta di box office seluruh dunia dan merupakan filem anime dengan kutipan ke-5 tertinggi di box office di A.S.

Pencipta asal Dragon Ball, Akira Toriyama, memberi komitmen penuh dan penglibatan yang mendalam dengan menghasilkan cerita asal, lakon layar dan reka bentuk watak untuk filem akan datang. 

Selain itu, ia diarahkan oleh Tetsuro Kodama dengan pelakon suara Jepun terdiri daripada Masako Nozawa (Gohan, Goku dan Goten), Toshio Furukawa (Piccolo), Yūko Minaguchi (Pan), Ryō Horikawa (Vegeta), Mayumi Tanaka (Krillin), Aya Hisakawa (Bulma), Takeshi Kusao (Trunks), Miki Itō (Android 18), Bin Shimada (Broly), Kōichi Yamadera (Beerus), Masakazu Morita (Whis), Hiroshi Kamiya (Gamma 1), Mamoru Miyano ( Gamma 2), Miyu Irino (Dr. Hedo), Volcano Ota (Magenta), dan Ryota Takeuchi (Carmine).

Pelakon suara Inggeris akan diumumkan tidak lama lagi.

Fenomena Dragon Ball bermula pada tahun 1984 apabila manga terkenal dari Akira Toriyama diterbitkan dalam “Weekly Shonen Jump” Shueisha – menjadi tajuk teratas sepanjang 10 setengah tahun penerbitannya. Sejak itu, populariti manga itu terus berkembang dengan rekod menakjubkan – sebanyak 260 juta salinan terjual di seluruh dunia dan terus bertambah.

Dan, dengan populariti Dragon Ball yang semakin meningkat, ia telah berkembang melangkaui manga dengan penerbitan animasi TV, filem, permainan dan barang dagangan. Kini, 38 tahun selepas pelancaran manga asal, Dragon Ball terus berkembang dan akan mencapai tahap baharu bermula dengan filem berskala besar baharu ini.

Sinopsis rasmi Dragon Ball Super: SUPER HERO:

Tentera Reben Merah pernah dimusnahkan oleh Son Goku. Individu, yang meneruskan semangatnya, telah mencipta Android terbaik, Gamma 1 dan Gamma 2. Kedua-dua Android ini menggelarkan diri mereka sebagai “Super Heroes”. Mereka mula menyerang Piccolo dan Gohan… Apakah objektif Tentera Reben Merah Baharu ini? Dalam menghadapi bahaya yang menghampiri, sudah tiba masanya untuk bangun, Super Hero!


Related posts

Akira Toriyama Umum Anime Baharu Dragon Ball Daima, Tonton Trailer Disini

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Filem Keempat My Hero Academia Diumumkan Dalam Satu Teaser Trailer

Kakimuvee

Menjelang Episod Terakhir, Attack on Titan Keluarkan Trailer Terbaru

Kakimuvee

Tarikh Tayangan Jujutsu Kaisen Musim 2 Telah Diumumkan

Kakimuvee

[VIDEO] Tonton Trailer Pertama ‘Spy x Family Code: White’

Kakimuvee