Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeBerita

Crunchyroll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime ‘Dragon Ball Super: SUPER HERO’ – Termasuk Malaysia

Hari ini, Crunchyroll dan Toei Animation mendedahkan butiran lanjut untuk tayangan global Dragon Ball Super: SUPER HERO, filem terbaharu dalam francais filem blockbuster anime seluruh dunia, termasuk pelancaran trailer terbaru dan barisan pelakon suara Inggeris. 

Dragon Ball Super: SUPER HERO akan membuat debut global pada 18 Ogos di beberapa pasaran termasuk Australia, New Zealand, Mexico, beberapa negara di Amerika Selatan, diikuti tarikh 19 Ogos ini di pasaran Amerika Syarikat, Kanada, Britan, Vietnam, Ireland dan Afrika Selatan. Bagi pasaran Malaysia, filem anime ini akan ditayangkan di pawagam pada 30 Ogos 2022. 


Sementara itu, Crunchyroll turut mengumumkan barisan pelakon suara Inggeris:

  • Son Gohan – Kyle Hebert
  • Son Goku – Sean Schemmel
  • Son Goten – Robert McCollum
  • Piccolo – Christopher R. Sabat
  • Bulma – Monica Rial
  • Vegeta – Christopher R. Sabat
  • Krillin – Sonny Strait
  • Trunks – Eric Vale
  • Videl – Kara Edwards
  • Pan – Jeannie Tirado
  • Dr. Hedo – Zach Aguilar
  • Gamma 1 – Aleks Le
  • Gamma 2 – Zeno Robinson
  • Magenta – Charles Martinet
  • Carmine – Jason Marnocha

Ini adalah tayangan teater pertama yan diedarkan secara global dan di Amerika Utara oleh Crunchyroll. Di pasaran antarabangsa, filem ini akan diedarkan oleh Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment.

Dragon Ball Super: SUPER HERO ialah filem kedua dalam francais Dragon Ball Super. Filem pertama, Dragon Ball Super: Broly telah dikeluarkan pada tahun 2018 kepada peminat di seluruh dunia, dan telah memperoleh kutipan lebih $120 juta di box office seluruh dunia dan merupakan filem anime dengan kutipan ke-5 tertinggi di box office di A.S.

Pencipta asal Dragon Ball, Akira Toriyama, memberi komitmen penuh dan penglibatan yang mendalam dengan menghasilkan cerita asal, lakon layar dan reka bentuk watak untuk filem akan datang. 

Dragon Ball Super: SUPER HERO diarahkan oleh Tetsuro Kodama dengan pelakon suara Jepun terdiri daripada Masako Nozawa (Gohan, Goku dan Goten), Toshio Furukawa (Piccolo), Yūko Minaguchi (Pan), Ryō Horikawa (Vegeta), Mayumi Tanaka (Krillin), Aya Hisakawa (Bulma), Takeshi Kusao (Trunks), Miki Itō (Android 18), Bin Shimada (Broly), Kōichi Yamadera (Beerus), Masakazu Morita (Whis), Hiroshi Kamiya (Gamma 1), Mamoru Miyano ( Gamma 2), Miyu Irino (Dr. Hedo), Volcano Ota (Magenta), dan Ryota Takeuchi (Carmine).

SINOPSIS RASMI:

“Tentera Reben Merah pernah dimusnahkan oleh Son Goku. Individu, yang meneruskan semangatnya, telah mencipta Android terbaik, Gamma 1 dan Gamma 2. Kedua-dua Android ini menggelarkan diri mereka sebagai “Super Heroes”. Mereka mula menyerang Piccolo dan Gohan… Apakah objektif Tentera Reben Merah Baharu ini? Dalam menghadapi bahaya yang menghampiri, sudah tiba masanya untuk bangun, Super Hero!”

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment