
Crunchyroll telah melancarkan trailer anime yang dinantikan, Chainsaw Man, dan mengumumkan barisan pelakon suara untuk bahasa Inggeris dan Jepun.
Trailer yang dilancarkan adalah dalam bahasa Jepun dan menampilkan rakaman terbaru adaptasi anime dari Mappa, yang ditetapkan tayangannya pada 11 Oktober ini. Siri ini menampilkan 12 episod, yang setiap satunya akan dikeluarkan setiap minggu mulai 11 Oktober dan seterusnya.
Anda boleh tonton trailer baharu Chainsaw Man dibawah:
Barisan pelakon suara untuk bahasa Inggeris dan Jepun turut diumumkan.
Pelakon suara Inggeris:
- Ryan Colt Levy sebagai Denji
- Suzie Yeung sebagai Makima
- Reagan Murdock sebagai Aki
- Sarah Wiedenheft sebagai Power
Pelakon suara Jepun:
- Kikunosuke Toya sebagai Denji
- Shiori Izawa sebagai Pochita
- Tomori Kusunoki sebagai Makima
- Shogo Sakata sebagai Aki Hayakawa
- Fairouz Ai sebagai Power
- Mariya Ise sebagai Himeno
- Karin Takahashi sebagai Kobeni Higashiyama
- Taku Yashiro sebagai Hirokazu Arai
- Kenjiro Tsuda sebagai Kishibe
“Denji ialah seorang remaja lelaki yang tinggal dengan Chainsaw Devil bernama Pochita,” menurut sinopsis siri itu.
“Disebabkan oleh hutang yang ditinggalkan bapanya, dia telah menjalani kehidupan yang hambar sambil membayar hutangnya dengan menuai mayat syaitan bersama Pochita. Suatu hari, Denji dikhianati dan dibunuh. Apabila kesedarannya semakin pudar, dia membuat kontrak dengan Pochita dan dihidupkan semula sebagai ‘Chainsaw Man’ – seorang lelaki yang mempunyai hati syaitan.”
Chainsaw Man telah dicipta oleh Tatsuki Fujimoto dan diterbitkan secara bersiri di Weekly Shonen Jump Shueisha antara 2018 dan 2020. Bahagian 2 siri ini bermula pada Julai lalu, dan sedang diterbitkan melalui majalah Shonen Jump+ dalam talian Shueisha.