Berita

Crossover Transformers dan G.I Joe?

Views
Sumber gambar: Screenrantover

Tahukah anda, GI Joe dan Transformer hampir digabungkan dan menjadi satu filem crossover? Ya itulah kami baca dilaman web Movie Pilot mengenai dua filem dari pengeluar permainan terbesar Hasbro. Hasbro memiliki dua permainan terbesar iaitu GI Joe dan Transformer dan kedua-duanya memiliki filem, siri komik dan animasinya yang tersendiri.

Cadangan crossover ini bermula apabila terdapat individu tertentu yang mahukan kedua-duanya bergabung menjadi satu filem. Namun, pihak Paramount Picture mengambil langkah bijak apabila menolak cadangan tersebut.

Pada tahun 2015, D.J Caruso telah dipertanggungjawabkan oleh Paramount untuk mengambil alih kerusi pengarah filem G.I Joe 3, sekuel kepada filem G.I Joe: Retaliation. Kemudian dia telah memberi cadangan kepada Paramount untuk menggabungkan G.I Joe dan Transformer, sebelum Paramount menolak cadangan tersebut.

Menurut Caruso, walaupun G.I Joe boleh dikatakan sukses, namun ia tidak mencapai KPI Paramount yang mahukan filem hit di carta Blockbuster. Menurutnya lagi, dalam draf skrip yang dihasilkanya, G.I Joe dikatakan akan bergabung dengan Autobots untuk menentang organisasi penganas Cobra dan Decepticons.

G.I Joe vs Transformer: Credit: IDW Publishing

Masalah yang dihadapi oleh Paramount ialah mereka tidak bersedia untuk hasilkan crossover sebegitu. Cadangan peliknya itu menyebabkan statusnya sebagai pengarah filem G.I Joe tergantung dan dia terpaksa beralih mengarahkan filem xXx: The Return of Xander Cage

Antara temubualnya dengan laman web Collider:

“Well yeah but they’re not ready to do [G.I. Joe meets Transformers] yet. That’s exactly what they should do but they’re not ready to do that because in fact the script that I was developing, the two worlds sort of collided at the end and when they read it they were like, ‘We’re not ready to do this yet.’… They will eventually collide those two worlds and it’s probably when Mr. Bay decides he’s done with Transformers.”

Apapun keputusan Paramount menolak cadangan tersebut dianggap tepat memandangkan tidak semua crossover mampu membuatkan peminat berpuas hati dan berjaya. Kepada peminat Transformer dan G.I Joe, adakah cadangan Caruso sesuai tak untuk dilaksanakan buat masa ini?

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks