Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Crossover’ Black Adam & Shazam Tidak Akan Berlaku Sehingga Filem Shazam! 3.


Ramai peminat sebenarnya tidak sabar untuk menyaksikan sebuah filem ‘crossover’ diantara superhero Shazam dan seterusnya, Black Adam. Ya, studios Warner Bros. pun mengesahkan bahawa kedua-dua karakter DC itu akan dipertemukan dalam satu filem tidak lama lagi. Cuma peminat mungkin terpaksa menunggu sedikit lama.

Ketika menghadiri konvensyen CCXP di Cologne, Jerman, bintang filem Shazam!, Zachary Levi mendedahkan bahawa Black Adam dan Shazam tidak akan bertemu sehinggalah filem solo Black Adam dan filem kedua Shazam! diterbitkan. Menurutnya lagi, berkemungkinan besar kedua-dua karakter itu akan bertemu dalam filem ketiga Shazam! ataupun sekuel Black Adam.

“I can say that as far as I know, Black Adam is not going to be in the second Shazam!, because the idea is that they want to go and do a standalone Black Adam movie first,”

“And then it would kind of be, if we do a third Shazam! and a second Black Adam, kind of [parallel] like that, that‚Äôs where we would [meet],”

Jadi kepada peminat yang ingin menyaksikan pertembungan diantara dua ‘ahli sihir’ ini, anda terpaksa bersabar sedikit sehingga filem solo Black Adam dan¬†Shazam! 2¬†dihasilkan kelak.


Black Adam yang dibintangi Dwayne Johnson bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi dan akan diarahkan Jaume Collet-Serra. Setakat ini, tarikh tayangan Black Adam dan Shazam! 2 masih lagi tidak diketahui.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ‚ÄúSuperman Live‚ÄĚ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee