Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Crisis On Infinite Earths Bakal Menampilkan Tyler Hoechlin & Brandon Routh Sebagai Superman


Tahun lalu, siri ‘crossover’ tahunan Arrowverse, Elseworlds telah memperkenalkan Batwoman yang dilakonkan oleh aktres Ruby Rose. Tahun ini, penerbit francais DC di CW sedang merancang kejutan lebih besar dengan melibatkan karakter superhero DC yang paling dikenali iaitu Superman.

Dalam siri ‘crossover’ Crisis on Infinite Earths itu nanti, aktor Tyler Hoechlin dan Brandon Routh akan kembali memainkan peranan mereka sebagai ‘Man of Steel’, dan kedua-dua akan membawa watak tersebut dalam bingkai masa yang berbeza

Hoechlin dan Routh merupakan ahli Arrowverse dimana Hoechlin memainkan peranan sebagai Superman dalam siri televisyen Supergirl dan Routh sebagai Ray Palmer/The Atom dalam siri televisyen Legends Of Tomorrow. 

Routh yang pernah membawakan watak Superman dalam filem ‘soft reboot’ Superman Returns arahan Bryan Singer akan memainkan dua peranan dalam siri ‘crossover’ itu nanti iaitu sebagai Clark Kent dan karakternya dalam Legend Of Tomorrow iaitu The Atom.

Buat masa ini, tidak diketahui episod manakah yang bakal menyaksikan Hoeclin dan Routh memainkan watak mereka sebagai Superman.


Crisis on Infinite Earths akan mengabungkan keseluruhan francais Arrowverse yang terdiri daripada Arrow, The Flash, Supergirl, DC’s Legends of Tomorrow, dan Batwoman. Siri ini akan dibahagikan kepada dua bahagian dimana tiga episod akan bersiaran pada bulan Disember manakala dua lagi akan bersiaran pada Januari 2020.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee