Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Crisis On Infinite Earths Bakal Menampil Black Lightning & Bruce Wayne


Siri CW ‘crossover’ Crisis On Infinite Earth bakal menampilkan dua lagi karakter, iaitu Black Lightning dan Bruce Wayne. Ini merupakan ‘crossover’ pertama buat karakter Black Lightning, manakala Kevin Conroy akan membuat penampilan istimewa sebagai Bruce Wayne yang akan datang dari masa hadapan.

Conroy merupakan pelakon suara Batman dalam siri animasi, filem dan permainan video. Penampilannya dalam siri ‘crossover’ ini menandakan penampilan pertamanya sebagai Bruce Wayne versi ‘live action’

Presiden CW Network Mark Pedowitz sebelum ini telah mengumumkan, acara ‘crossover’ akan bermula dengan Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Crisis on Infinite Earths akan meyaksikan Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti  Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee