Berita

Creed III Bakal Dihasilkan!

Views

Creed bakal melengkapkan triloginya apabila MGM telah memulakan pembangunan filem Creed III dengan penulis skrip King Richard, Zach Baylin ditugaskan untuk merangka skrip filem ketiga itu.

Creed II merupakan kesinambungan Rocky Saga dan sekuel kepada filem hit Creed yang diterbitkan pada 2015. Filem pertama Creed yang diarahkan Ryan Coogle (Black Panther) berjaya meraih lebih $170 juta dolar seluruh dunia, dan dia turut menjadi penerbit eksekutif untuk filem Creed II.

Francais Creed berkisarkan tentang Adonis Creed, petinju yang tersekat dengan tanggungjawab peribadi dan latihan persediannya untuk perlawanan seterusnya. Dibantu Rocky Balboa, yang juga rakan baik ayahnya, Apollo Creed, mereka bersama-sama meneruskan legasi dan dalam masa yang sama berjuang demi keluarga.

Setakat ini plot filem ketiga masih lagi tidak didedahkan, dan pencarian pengarah telahpun bermula.

Sementara itu, Sylvester Stallone mendedahkan bahawa, dia mungkin akan menghasilkan satu lagi spin off Rocky yang akan berkisarkan tentang Rocky Balboa bersama satu lagi petinju baru. Butiran lanjut masih belum diketahui, dan mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.

Sumber: The Hollywood Reporter

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks