Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

COVID-19: Salman Khan Bantu Bayar Gaji 25 Ribu Pekerja

Berikutan kerajaan India melaksanakan Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19, bintang filem Salman Khan membantu para pekerja industri filem dengan menyalurkan wang tunai menerusi akaun simpanan mereka.

Menurut laporan dari India.com, Salman telah meminta nombor akaun seramai seramai 25, 000 orang pekerja menerusi Persekutuan Pekerja Cine India Barat (FWICE) untuk menyumbangkan gaji bulanan mereka.

Yayasan Salman’s Being Human telah menghubungi kami pada Sabtu lalu untuk bertanyakan tentang gaji harian pekerja-pekerja ini. Saya memberitahu mereka gaji pekerja adalah kira-kira Rs 15, 000 (kira-kira RM860) sebulan.

“Kemudian mereka memberitahu kami yang Salman ingin butiran akaun 25, 000 orang pekerja ini untuk membiayai mereka.

“Salman juga menyumbangkan Rs 5 lakh (kira-kira RM28, 600) setiap bulan untuk membiayai kos perubatan mereka,” jelas Setiausaha Agung FWICE, Ashok Dubey.

Walau bagaimanapun, bapa Salman yang juga seorang penulis skrip veteran, Salim Khan, enggan mendedahkan jumlah sumbangan tersebut.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Ji Jin Hee Mesti Membongkarkan Rahsia & Selamatkan Anaknya Dalam Teaser Terbaru “The Tragedy Of One”

Zulaikha

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Leave a Comment