Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

COVID-19: MBO Cinemas Akan Ditutup Selama-Lamanya?

Rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia, MBO Cinemas akan menghentikan operasinya kerana keadaan kewangannya yang merosot disebabkan pandemik COVID-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac yang lalu. 

Berita sedih itu dilaporkan hari ini oleh The Edge Markets (via NST), yang melihat notis panggilan pelaksanaan proses pembubaran MBO Cinemas, yang secara formal dikenali sebagai MCAT Box Office Sdn Bhd.

Proses ini akan melibatkan penutupan perniagaan kerana aset syarikat dijual untuk membayar balik pemiutang.

Pada Selasa yang lalu, MBO Cinemas telah mengeluarkan pengumuman di media sosial yang mengatakan bahawa 17 dari 27 lokasinya di seluruh negara akan ditutup sehingga diberitahu kelak. 

Lima cawagannya di Selangor dan Kuala Lumpur, dan satu di Sabah telah ditutup kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. 

Memetik laporan Bernama pada 7 Ogos yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas Cheah Chun Wai, mendedahkan bahawa MBO telah mengalami penyusutan jualan sebanyak 55% selama tiga bulan pertama pandemik Covid-19 dan tiada penjualan sama sekali pada tiga bulan berikutnya kerana perlaksanaan PKP.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari MBO Cinemas. 

Sumber: NST

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment