Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Courteney Cox Disahkan Kembali Bintangi Filem Terbaru SCREAM

Awal tahun ini, telah diumumkan bahawa pengarah Ready or Not, Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett akan menghidupkan kembali francais Scream untuk studio Spyglass Media Group dan Paramount Pictures, dengan pelakon David Arquette disahkan kembali meneruskan wataknya, Dewey Riley.

Hari ini, pelakon Courteney Cox pula disahkan akan dalam filem akan datang sebagai wartawan, Gale Weathers. Cox sebelum ini telah membintangi empat filem Scream arahan Wes Craven.

Butiran plot masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sumber, filem terbaru ini akan berkisarkan tentang seorang wanita yang pulang ke kampung halaman dalam usahannya untuk mencari individu yang melakukan beberapa siri jenayah kejam.

Advertising

Kesemua filem kekal ‘canon’ manakala siri televisyen berada dalam mitologi mereka sendiri. Setakat ini tidak diketahui sama ada filem akan datang adalah filem ‘remake’ ataupun masih berada dalam dunia yang sama cipta Craven. Penulis asal francais, iaitu Williamson dilaporkan tidak terlibat dalam penulisan skrip.

Selain Scream, Spyglass Media turut terlibat dalam projek filem remake Hellraiser, dengan skrip kini sedang dirangka David S. Goyer (Terminator: Dark Fate).

Berkemungkinan filem ini akan ditayangkan sekitar 2021.

Advertising

Related posts

George Clooney & Julia Roberts Kembali Bergandingan Dalam Filem Rom-Com “Ticket to Paradise”

Kakimuvee

Pengarah Christopher McQuarrie Kongsi Gambar Terbaru “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Tom Holland Sahkan Kontrak Spider-Man Akan Berakhir Selepas “No Way Home”

Kakimuvee

Filem Animasi “Avatar: The Last Airbender” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman