Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Corey Stoll Ketawa Bagai Nak Gila Bila Pertama Kali Tengok M.O.D.O.K Versi MCU

‘Mechanized Organism Designed Only for Killing’ atau M.O.D.O.K merupakan antara watak komik Marvel yang cukup popular dikalangan peminat, tetapi penampilan aksi langsung pertamanya dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania segera menjadi bahan jenaka penonton selepas melihat rekabentuk fizikalnya. 

Bukan hanya penonton, pelakon Corey Stoll turut ketawa terbahak-bahak apabila pertama kali melihat karakter itu dalam filem terbaru Ant-Man.

Dalam temubual dengan THR, Stoll – yang memainkan watak Darren Cross/Yellowjacket dalam filem pertama Ant-Man, dan kembali ke francais itu dalam filem Quantumania sebagai M.O.D.O.K – membincangkan bagaimana pasukan produksi merakam watak penjahat itu di set penggambaran. 

Dalam temubual itu, Stoll menceritakan pengalamannya berlakon untuk filem itu dimana dia perlu meletakkan beberapa titik dimukanya untuk rakaman pergerakan. 

“Semua berada di set, dan seluruh pelakon, termasuk Peyton [Reed] dan Jeff [Loveness] berada di dalam bilik itu. Dan, saya mempunyai beberapa titik di muka saya, dan terdapat kamera yang merakam pergerakan. Dan kemudian, kami merakam semua adegan saya, dan mereka memberikan beberapa dialog alternatif atau mengubah situasi. Kami boleh merakam adegan itu tanpa perlu menunggu kamera dan lampu atau apa-apa sahaja.”

Jadi saya rasa seperti sedang berlakon untuk teater. Ia benar-benar menyeronokkan.”

Reaksi terbesar pelakon itu selepas memainkan watak M.O.D.O.K adalah melihat penampilannya tanpa topeng yang mnenutupi wajahnya. Dalam filem pertama Ant-Man, Cross telah disedut masuk ke Alam Kuantum, dan dalam keadaan cederaan dan fizikalnya remuk, Kang datang menyelamatkannya dan mengubahnya menjadi M.O.D.O.K

Bagaimanapun, tanpa topeng, watak itu sekadar kepala gergasi Stoll yang terapung. Apabila pelakon itu pertama kali melihat watak lakonannya tanpa mengenakan topeng, dia akui bahawa ia sangat kelakar, mengelarkannya sebagai “pelik” dan “menganggu”, tetapi dalam masa yang sama sangat “kelakar.” 

“Saya ketawa terbahak-bahak, tetapi ia juga sangat mengganggu,” kata Stoll. “Sekiranya anda mendapat peluang untuk melihat wajah anda melengkung dan diletakkan di dalam kerusi roda roket kecil, anda akan tahu perasaan saya. [Ketawa]. Ia agak pelik.”

Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. 

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment