Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Corey Stoll Akan Kembali Sebagai Darren Cross/Yellowjacket Dalam Filem Ketiga Ant-Man

Berkongsi kegembiraannya untuk memulakan penggambaran Ant-Man and The Wasp: Quantumania, pelakon Evangeline Lilly baru-baru ini berkongsi catatan yang menyenaraikan rakan-rakan pelakonnya, termasuklah “#CoreyStoll.”

Ramai peminat menganggap itu mungkin satu kesilapan, tetapi ternyata pelakon yang memainkan watak penjahat dalam filem pertama Ant-Man sememangnya akan muncul dalam threequel yang akan datang. 

Dalam filem tahun 2015, watak Carey Stoll iaitu Warren Cross aka Yellowjacket kelihatan seperti sudah mati selepas mengecil ke Quantum Realm, tetapi teori-teori peminat mengatakan bahawa dia mungkin menemui cara untuk bertahan di alam tersebut, dan ternyata teori mereka nampaknya mungkin tepat. 

Sekiranya Yellowjacket berada di ‘Quantum Realm’, kemungkinan dia memperolehi beberapa abiliti baru (yang mungkin mirip dengan Janet Van Dyne), dan jika Kang the Conqueror membawanya keluar, kita mungkin dapat melihat sekutu yang sangat merbahaya. Dalam episod terbaru Loki minggu ini, peminat dapat melihat sekilas helmet raksasa Yellowjacket di The Void, tempat yang dipercayai peminat berdekatan dengan lokasi Kang. 

Dalam podcast “Still Watching” Vanity Fair, penulis senior Joanna Robinson membincangkan tentang Easter Egg dalam episod terbaru Loki itu, dengan mengatakan: “Saya tidak tahu adakah itu petunjuk untuk sesuatu yang akan datang, tetapi apa yang saya tahu bahawa Corey Stoll, akan kembali untuk Ant-Man 3. “

Buat masa ini, sukar untuk mengaitkan Ant-Man 3 dan Loki, tetapi beberapa petunjuk dalam episod terbaru seolah-oleh merujuk kepada kemunculan Kang, yang juga merupakan penjahat utama dalam ‘threequel’ Ant-man yang akan datang. Jonathan Majors akan melakonkan watak Kang the Conqueror dalam filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment