Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Constantine Antara 4 Filem DC Seram Yang Akan Dibangunkan Warner Bros.

Warner Bros. terus mengorak langkah dalam pembikinan filem-filem Komik DC. Selepas me’reboot’ beberapa filem seperti Wonder Woman dan The Suicide Squad serta menghasilkan beberapa filem baru seperti Joker  (yang akan ditayangkan 2 Oktober ini), The Batman dan Birds of Prey. Warner Bros. dan DC dilaporkan bakal menerbitkan 4 buah filem dari komik DC ‘horror’.

Menurut laporan dari We Got This CoveredConstantine merupakan antara filem DC Seram yang kini dalam perancangan Warner Bros. Lebih menarik, pelakon filem aksi terkenal, Keanu Reeves dikhabarkan akan kembali memainkan peranannya dalam filem Constantine 2005 sebagai John Constantine.

Sebelum ini Collin Farrell dikaitkan dengan watak tersebut, namun nama Reeves mula memuncak pada tahun ini selepas kejayaan filem John Wick 3 dan menjadi pilihan peminat untuk muncul dalam filem DC. Ini membuatkan Warner Bros. kembali beralih kepada Reeves untuk watak John Constantine.

Lagi tiga filem yang kini dalam perancangan Warner Bros. adalah Justice League Dark, Swamp Thing dan filem House of Mystery yang diadaptasikan dari komik antologi seram DC.

Setakat ini, belum ada pengesahan dari pihak Warner Bros., tetapi Keanu Reeves pernah menyatakan hasrat untuk kembali sebagai John Constantine, dan pastinya Warner Bros. dan DC tidak akan melepaskan peluang untuk menawarkan watak kepada pelakon tersebut.

Apapun kita nantikan perkembangan filem-filem DC seram di masa akan datang.

Related posts

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment