Garis masa ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan dalam filem-filem melaui siri The Conjuring dan spin-off.
1863 – Bathsheba Sherman membunuh dirinya selepas mengorbankan anaknya yang berusia seminggu (ritual ajaran sesat). – (Hantu di dalam The Conjuring)
1963 – Bill Wilkins meninggal dunia di usia 72 tahun. – Ā (Hantu di dalam The Conjuring 2)
1965 – Annabelle Higgins melarikan diri dari rumah dan menyertai ajaran sesat iaitu Disciples of The Ram. = (Anabelle)
1967 – Annabelle Higgins dan teman lelaki membunuh ibu bapa Annabelle dan seterusnya membunuh dirinya sendiri lalu rohnya masuk ke dalam anak patung setan tu. – (Anabelle)
1968 – The Warrens memperolehi anak patung Annabelle.
1970 – Lorraine Warren mendapat firasat kematian Ed Warren semasa exorcism, ada kena mengena dengan Valak rasanya. (The Conjuring 2)
1972 ā Keluarga Perron Ā berpindah ke rumah ladang di Harrisville, Rhode Island. Disinilah berlaku pelbagai malapetaka dan kuasa paranormal daripada hantu Bathsheba yang pernah menghuni rumah tersebut. The Warrens datang membantu. (The Conjuring)
1974 ā Ronald Defeo Jr. membunuh keluarganya di rumah Amityville (punca rumah berhantu kisah dalam The Conjuring 2)
1976 – The Warrens membantu menyiasat kes Amityville Horror yang terkenal itu (The Conjuring 2).
1977 – Keluarga Hodgson mula mengalami kejadian pelik dan The Warrens ditugaskan untuk menyiasat dakwaan tersebut.
- 21 Disember 1977 – The Warrens, Maurice Grosse, dan Peggy Hodgson bercakap dengan ‘roh’ Bill Wilkins melalui Janet Hodgson.
Filem-filem dalam The Conjuring Universe akan datang
10 Ogos 2017 –Ā Ā Annabelle: Creation adalah prekuel kepada Annabelle 2014. Kisah ini akan memfokuskan kepada seorang pencipta anak patung dan isterinya, anak perempuannya yang meninggal dunia dua puluh tahun lalu.
Mereka memutuskan untuk membuka rumah mereka kepada seorang biarawati dan beberapa gadis dari sebuah rumah anak yatim yang telah ditutup dan menjadikan rumah tersebut tempat perlindungan untuk mereka. Anak patung setan mereka, Annabelle, menjadikan tempat perlindungan tersebut huru hara. Adakah biarawati itu Valak?
12 Julai 2018 – The Nun akan menjadi spin-off The Conjuring 2. Plot yang hanya diketahui setakat ini ialah, “Di Romania, seorang biarawati, seorang paderi dan seorang novisiat menyelidik sebuah rahsia ‘terlarang’ dan menghadapi kekuatan jahat dalam bentuk biarawati setan. ” Hmmm Valak lettew.
(Tarikh belum ditetapkan) –Ā The Crooked ManĀ Ā disahkan sedang dalam produksi. Filem ini adalah spin-off watak yang ditunjukkan dalam The Conjuring 2. Tiada tarikh keluaran rasmi