Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru


Yoo Hae Jin kembali sebagai rakan sekerja Hyun Bin yang boleh dipercayai dalam Confidential Assignment 2!

Diarahkan oleh Kim Sung Hoon, filem Confidential Assignment yang ditayangkan pada 2017 mengisahkan seorang detektif Korea Utara bernama Rim Chul Ryung (Hyun Bin) dan seorang detektif Korea Selatan bernama Kang Jin Tae (Yoo Hae Jin) yang bekerjasama untuk menangkap penjenayah. Anggota Girls Generation, YoonA turut memainkan watak Park Min Young, kakak ipar kepada Kang Jin Tae.

Sekuel bertajuk Confidential Assignment 2: International itu mengikuti Rim Chul Ryung yang kembali ke Korea Selatan untuk mengejar organisasi jenayah rahsia yang kejam. Dia bekerjasama semula dengan Kang Jin Tae, yang menawarkan diri untuk bekerja dengan warga Korea Utara itu untuk kembali ke pasukan penyiasat selepas kesilapannya menyebabkan dia berada di jabatan jenayah siber.

Barisan pelakon untuk sekuel itu terdiri daripada Daniel Henney, Jin Sun Kyu, dan Jang Young Nam. Daniel Henney memainkan watak Jack, seorang detektif FBI dari Amerika Syarikat yang sedang menjejaki organisasi jenayah Korea Utara yang telah menyebabkan malapetaka di seluruh dunia. Jin Sun Kyu memainkan watak Jang Myung Joon, ketua organisasi jenayah tersebut.

Dalam gambar terbaru untuk filem yang akan datang, Yoo Hae Jin menunjukkan perubahan menjadi Kang Jin Tae. Dia memancarkan daya tarikan yang berbeza daripada Rim Chul Ryung yang peramah dan mahir, tetapi dia seorang rakan sekerja yang boleh dipercayai yang sentiasa menyokongnnya.


Yoo Hae Jin, yang mempunyai kadar penyegerakan 100 peratus dengan wataknya, akan membuatkan peminat filem ketawa terbahak-bahak dengan humor uniknya.

Pengarah Lee Seok Hoon membayangkan, “Secara umumnya, terdapat adegan aksi yang lebih sengit daripada yang sebelumnya. Kelucuan yang diharapkan penonton digambarkan dengan sangat baik oleh pelakon Yoo Hae Jin.”

Confidential Assignment 2: International akan ditayangkan September ini. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee